Harian Metro

Melecur ‘mandi’ sambal popia

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Budak lima tahun perlu RM20,000 bedah kali ketujuh

Seorang kanak-kanak perempuan melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih di dalam periuk di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Februari lalu.

Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, berkata, anaknya, Azalea Hani Abdul Rahim, 5, berada di rumah kakaknya berusia 45 tahun bagi meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupu lain.

Menurutnya, dia yang juga kakitangan swasta berada di pejabat ketika kejadian sebelum dimaklumka­n kakaknya mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam.

Katanya, ramai anak saudara lain berada di rumah berkenaan dan kebetulan kakak menunaikan solat Maghbrib bersama ibunya berusia 67 tahun.

“Pada masa sama, kakak yang menjual popia basah memasak sambal di dalam periuk di dapur. Beberapa minit kemudian, dia memaklumka­n terdengar tangisan dan jeritan anak dari dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.

“Ketika ditemui, keseluruha­n badan Azalea dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Zalida berkata, kakaknya kemudian menjirus air ke badan anak bongsu daripada tiga beradik itu dan cuba menanggalk­an baju dipakai Azalea yang melekat pada kulitnya.

“Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabka­n kakak terpaksa menjirus air ke badannya. Malah, kakak cuba menanggalk­an baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.

“Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabka­n dia melecur di kaki dan tangan,” katanya.

Menurutnya, doktor memaklumka­n tahap melecur Azalea teruk menyebabka­n dia dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.

“Pada mulanya Azalea dirawat di wad kanak-kanak, namun dipindahka­n ke ICU selepas tahap kesihatann­ya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

“Sehingga ke hari ini, dia menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.

“Doktor memaklumka­n Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh pada Jumaat ini yang menelan kos RM20,000,” katanya.

Katanya, dia kini runsing memikirkan cara mengumpul wang bagi kos pembedahan anak bongsunya.

“Sepanjang tempoh Azalea berada di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatka­n wang untuk menampung perbelanja­an pembedahan itu,” katanya.

Orang ramai boleh membantu Zalida dengan menghulurk­an sumbangan ke akaun Maybank 1121831382­33 atas nama Zalida Syuhana Ahmad Tamam.

 ??  ?? AZALEA Hani kini di ICU Hospital Sungai Buloh.
AZALEA Hani kini di ICU Hospital Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia