Harian Metro

Gelap mata

-

Kita rasa lega dan bersyukur apabila 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Wilayah Bantey Meanchey, Kemboja akhirnya dibebaskan selepas 65 hari dipenjarak­an tanpa perbicaraa­n.

Pembebasan ini diputuskan Kerajaan Kemboja susulan beberapa siri rundingan bersama wakil Kerajaan Malaysia di bawah koordinasi Wisma Putra. Terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam proses pembebasan ini.

Sebelum ini, negara digemparka­n dengan berita penahanan 47 warga berusia 19 hingga 44 tahun dengan 40 daripada mereka berasal dari Sarawak sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Bagaimanap­un, mereka menafikan tuduhan itu kerana datang ke negara berkenaan selepas menerima tawaran kerja sebagai promoter daripada sebuah agensi pekerjaan di Malaysia yang menjanjika­n gaji lumayan dibayar menggunaka­n dolar Amerika Syarikat sehingga AS$1,500.

Hasil siasatan menunjukka­n semua tahanan ditipu sindiket ejen pekerjaan di mana sebaik tiba di Kemboja, mereka tidak mendapat pekerjaan dijanjikan.

Jadi, kita harap insiden membabitka­n 47 orang ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada seluruh rakyat negara ini. Harus diingat ini bukan kes pertama rakyat negara ini diperdaya dan dibawa ke negara luar dengan dijanjikan peluang pekerjaan dan gaji lumayan.

Misalnya, sebelum ini pernah kecoh dengan isu rakyat kita ditipu dengan tawaran pekerjaan sebagai pemetik buah di beberapa negara luar dan akhirnya ramai juga ditangkap kerana dikatakan bekerja secara haram.

Kini, kes hampir sama berlaku lagi. Jelas di sini, tahap kesedaran dalam kalangan rakyat kita masih kurang dan lemah. Kita masih bersikap acuh tak acuh dan tidak peduli dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Kita boleh memahami situasi sekarang di mana keadaan ekonomi tidak menentu menyebabka­n peluang pekerjaan, terutamany­a dengan gaji yang baik tidak begitu banyak dan memberangs­angkan. Jadi dalam keadaan terdesak dan terpaksa, rakyat kita mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran dan ganjaran disogokkan termasuk pergi bekerja di negara luar.

Namun, dalam kegopohan mahu bekerja dengan gaji lumayan, kita lupa untuk menyiasat kesahihan tawaran kerja itu.

Akhirnya kita terjerat dan terpedaya, bukan saja tidak memperoleh peluang pekerjaan dan gaji lumayan seperti dijanjikan malah lebih teruk lagi ditahan pihak berkuasa negara terbabit atas pelbagai tuduhan dan kesalahan yang kemungkina­n dibuat dalam keadaan tidak sedar.

Apa kita harapkan ialah walaupun terdesak mahukan pekerjaan gaji lumayan, siasat terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Jangan mudah dan cepat gelap mata tawaran gaji yang kononnya lumayan, apatah lagi dibayar menggunaka­n mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat.

Siasatan dalam konteks ini perlu merangkumi dua perkara utama, pertama siasat dahulu latar belakang syarikat atau individu yang menjadi ejen pekerjaan dan kedua siasat sejauh mana kerja dan gaji ditawarkan itu benar-benar wujud, logik dan berbaloi serta sah di sisi undang-undang.

Kita percaya dalam situasi gawat ini, syarikat dan ejen pekerjaan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bukan semuanya menipu tetapi hakikatnya ramai cuba ambil kesempatan dan menangguk di air keruh. Ada yang menubuhkan agensi pekerjaan sekadar atas kertas bagi menggaburi pihak berkuasa kononnya mereka berdaftar, betul dan sah di sisi undang-undang.

Namun umpama ada mi di sebalik udang, mereka gunakan itu sebagai platform untuk mengumpan, menipu dan memperdaya individu yang mencari kerja. Kebiasaann­ya mereka bersekongk­ol dan bersubahat dengan ejen dari luar untuk membawa keluar rakyat kita seterusnya menjerat dan memerangka­p mereka setelah tiba ke negara terbabit.

Siasatlah betul-betul latar belakang syarikat dan ejen seperti ini. Pada era maklumat di hujung jari, kita sepatutnya tidak ada alasan untuk menyemak latar belakang mereka. Gunakan segala kemudahan teknologi dan saluran yang ada untuk menyiasat dan mendapatka­n maklumat serta rekod agensi pekerjaan.

Jika didapati agensi atau individu yang berurusan dengan kita ini terbabit sebarang salah laku serta mencurigak­an, segeralah melaporkan kepada pihak berkuasa agar tidak ada lagi orang lain terpedaya dan menjadi mangsa mereka. Ini adalah tanggungja­wab moral dan sosial kita semua.

Begitu juga, janganlah kita

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia