Harian Metro

Gaji lumayan

-

terlalu mudah gelap mata dengan gaji dan pelbagai ganjaran ditawarkan. Siasat betul-betul sama ada pekerjaan itu wujud, memang logik dibayar dengan amaun gaji tersebut serta pekerjaan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Dalam banyak kes dilaporkan sebelum ini, kita mendapati rakyat kita mudah leka dan gelap mata bila ditawarkan gaji lumayan. Mereka tidak sedar gaji ditawarkan itu kadangkala tidak masuk akal berbanding kerja yang perlu dilaksanak­an. Namun kita buat-buat buta dan pekak kerana terlalu ghairah dan teruja dengan jumlah gaji ditawarkan.

Kita juga tidak siasat sama ada kerja itu benar-benar wujud seperti dijanjikan. Kita sepatutnya siasat latar belakang negara itu dan apakah benar kerja seumpama itu wujud dan memang membenarka­n orang luar untuk datang bekerja.

Ini adalah tanggungja­wab kita sendiri dan tidak boleh salahkan mana-mana pihak kerana kita yang leka dan cuai. Begitu juga halnya apabila kita sama ada tidak sedar atau buat-buat tidak tahu betapa kerja yang ditawarkan sah atau tidak dari segi undang-undang. Oleh kerana kita ditawarkan dengan gaji lumayan, kita sudah tidak peduli dengan status halal haram pekerjaan itu.

Jadi, kita harap rakyat akan ambil iktibar. Cukuplah insiden yang berlaku, jangan jadi mangsa keadaan seperti ini lagi. Sedarlah banyak kesan dan implikasi bila kita ditangkap di negara luar, antaranya kita akan berhadapan dengan undang-undang mereka dan tertakluk kepada hukuman yang bakal dikenakan.

Jangan ingat kita boleh bebas dengan rundingan seperti ini sepanjang masa. Bila ditangkap dengan pelbagai tuduhan yang berat pula, ia pasti memalukan seluruh kaum keluarga di sini.

Bayangkan mana nak letak muka ibu bapa dan adik-beradik yang terpaksa menanggung malu. Malah, imej dan nama baik negara juga turut tejejas kerana akan dilabel rakyat Malaysia terbabit dengan jenayah di negara luar.

Justeru, di samping kita berharap pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti agensi dan ejen pekerjaan yang cuba menipu dan memperdaya anggota masyarakat dengan mengambil tindakan sewajarnya, kita juga perlu sentiasa berhati-hati dan ambil iktibar supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Secara prinsipnya, kita tidak menghalang rakyat berhijrah dan mencari rezeki di negara luar, tetapi janganlah sampai terpedaya dan tertipu sehingga terlibat dengan jenayah atau aktiviti haram kerana ia akan menghancur­kan segala-galanya.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia