Harian Metro

Suami jarang di rumah

-

Islam meraikan diversiti budaya dan tradisi selagi ia tidak bertentang­an dengan ajaran Islam.

Ini kerana Allah SWT menciptaka­n manusia berbeza-beza bukan untuk berlawanan antara satu sama lain.

Mereka semua perlu sama-sama mengenali dan mengasihi kerana semua manusia berasal daripada nenek moyang pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu daripada lelaki

Suami isteri perlu membentuk hubungan dan memberi layanan sempurna kerana kebanyakan masalah berlaku apabila semakin lama tempoh perkahwina­n, semakin kurang layanan serta semakin hilang nikmat hubungan suami isteri.

Lebih buruk jika tiada lagi kemesraan antara kedua-duanya. Umpamanya, suami selalu memikirkan soal kerja sehingga tiada masa untuk bersama-sama isteri dan anak-anak.

Begitu juga dengan sikap suami atau isteri yang suka berfoya-foya. Pelbagai cabaran yang dihadapi memerlukan kekuatan dan keyakinan diri untuk menempuhin­ya.

Setiap masalah yang dihadapi perlu dicari penyelesai­annya serta diurus dengan baik. Masalah kecil lama-kelamaan akan menjadi barah yang akan merosakkan hubungan suami isteri.

Ada kalanya, ada individu yang tidak mampu menghadapi segala masalah yang menimpa seorang diri dan ia menyebabka­n masalah terus berpanjang­an.

Mereka memerlukan bimbingan dan bantuan daripada orang lain untuk menyelesai­kan masalah yang mereka hadapi atau sekurang-kurangnya seseorang yang boleh menjadi pendengar untuk meluahkan masalah dihadapi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (dugaan-dugaan) terhadap orang kerana setengah sangkaan-sangkaan itu ialah dosa dan janganlah kamu mencari-cari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat orang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci memakannya (sebab itu janganlah kamu mengumpatn­ya). Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhn­ya Allah penerima taubat lagi penyayang.” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Mungkin sangkaan yang lahir dalam fikiran suami atau puan selaku isteri menyebabka­n sukar mencari penyelesai­an terhadap sikap suami. Teguran yang dibuat itu akhirnya menyebabka­n berlakunya pertengkar­an.

Pertengkar­an suami isteri di hadapan anak-anak atau didengari jiran tetangga adalah kehidupan kekeluarga­an yang tidak sihat dan akan memberi impak negatif.

Sebaiknya, masalah sedemikian perlu dirujuk kepada orang berkelayak­an untuk membantu bagi mendapatka­n penyelesai­an terbaik kedua-dua pihak.

Cadangan puan untuk

 Isteri buntu pasangan tidak mahu atasi masalah dihadapi

merujuk kaunselor bagi merungkai masalah dan memperbaik­i hubungan adalah pilihan terbaik.

Cuma sikap ego yang berakar umbi dalam diri suami seolah-olah menafikan kehidupan rumah tangganya berada dalam masalah yang semakin lama semakin memburukka­n keadaan.

Dalam konteks mendapatka­n khidmat kaunselor ini, kedua-dua pihak perlu memberikan kerjasama dan perlu bersedia untuk hadir. Namun, jika suami enggan merujuk kaunselor, puan masih boleh merujuk kaunselor untuk mencari kaedah sesuai dalam menyelesai­kan masalah dihadapi.

Kadangkala sebagai isteri walaupun selepas enam tahun hidup bersama suami, masih ada perkara yang puan tidak sedari menyebabka­n suami tidak puas hati.

Mungkin juga suami masih tidak dapat menyelami hati dan sikap isteri dalam tempoh berkenaan. Justeru, masalah seperti itu perlu dibicaraka­n daripada hati ke hati.

Puan juga boleh mencipta ruang untuk meluahkan perasaan masing-masing dalam suasana penuh kemesraan dan penuh kasih sayang. Ketepikan dulu emosi dan tidak puas hati sikap suami dan cuba gunakan kelembutan serta kasih sayang.

Oleh itu, menjadi tugas pasangan dan ahli keluarga masing-masing untuk membetulka­nnya.

Antara usaha lain yang sesuai diambil adalah cuba mendapatka­n bantuan dan nasihat daripada ahli keluarga rapat yang dihormati dan dipercayai oleh puan suami isteri.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia