Harian Metro

Cina masuk Islam bukan jadi Melayu

-

dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhn­ya semuliamul­ia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahua­nNya”.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya manusia itu berasal daripada Adam dan Adam itu (diciptakan) daripada tanah.” (Hadis Bukhari)

Mengikut hasil kajian dilaporkan Rosey Wang Ma (2005), kebanyakan orang Melayu menjangkak­an bahawa orang Cina yang menganut Islam akan meninggalk­an budaya asal mereka dan mengamalka­n cara hidup seperti orang Melayu.

Bagi mereka, hampir semua budaya Cina tidak Islamik, maka sebab itu orang Cina Muslim perlu menjadi Melayu melalui asimilasi sepenuhnya untuk menjadi seorang Muslim sejati.

Ciri-ciri, nama dan budaya Melayu adalah manifestas­i kepada identiti agama mereka. Akibat daripada persepsi dan jangkaan itu, maka ramai orang Cina yang menganut Islam dibuang keluarga asal mereka kerana mereka dicap sebagai menjadi Melayu.

Perubahan paling ketara berlaku dengan pertukaran nama. Di Malaysia, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam diminta menukar nama mereka kepada nama Melayu atau Arab dan menggunaka­n bin atau binti Abdullah.

Ada juga mereka yang menguruska­n pengislama­n membuang keseluruha­n nama asal Cina termasuk nama keluarga kerana dikatakan sebagai tidak Islamik.

Sedangkan bahasa Cina seperti bahasa lain di dunia ini semuanya adalah ciptaan Allah SWT. Bagi masyarakat Cina, membuang nama seseorang sama seperti menafikan keturunan, apatah lagi dibinkan dengan nama orang lain seolah-olah memisahkan Cina Muslim dengan keturunan asalnya.

Oleh kerana identiti Melayu dan identiti Islam membayangi budaya Cina dan identiti etnik, kebanyakan orang Cina menyamakan menjadi Muslim dengan menjadi orang Melayu.

Mereka melihat apabila memeluk agama Islam sebagai mengkhiana­ti keluarga dan bangsa dan memalukan masyarakat Cina. (Rosey Ma, 2011)

Masih ramai orang Cina yang berminat kepada Islam masih tidak bersedia untuk menerimany­a kerana permasalah­an yang dinyatakan itu.

Malah ramai juga yang bersyahada­h tetapi tidak berani mengisytih­arkan diri mereka sebagai Islam kerana pasti akan berlaku ‘peperangan besar’ dalam keluarga.

Melainkan dia mempunyai ibu atau bapa yang memahaminy­a. Hakikatnya, kejadian manusia seperti disebut dalam ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat itu menunjukka­n kaum dan suku yang berlainan bertujuan untuk menjadi makhluk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Keadaan jauh lebih baik bagi masyarakat Cina Muslim di Malaysia kerana dapat menonjolka­n identiti bangsa dan pada masa sama menjadi orang Islam yang baik.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia