Harian Metro

Pastikan tak berulang

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Mujahid harap kebebasan media tidak disalah guna pihak tertentu

Kes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh seorang pengguna media sosial yang dikecam pelbagai pihak di seluruh negara ketika ini perlu dijadikan pengajaran kepada yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, semoga kebebasan media dilaksanak­an oleh kerajaan bawah agenda Malaysia Baharu tidak disalah guna pihak tertentu.

Beliau berkata, semua pihak wajib menghormat­i agama Islam sebagai agama Persekutua­n sebagaiman­a tertakluk dalam Perlembaga­an Malaysia dan begitu juga sebaliknya.

“Saya mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih atas kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia juga Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempermuda­hkan operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menahan suspek.

“Saya juga mengucapka­n tahniah atas tindakan segera PDRM. Saya yakin dan percaya PDRM akan menjalanka­n siasatan dengan adil dan saksama tanpa mengira latar belakang.

“Pastikan suspek didakwa mengikut akta yang telah tersedia ada agar perkara ini tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Polis Pahang semalam, menahan seorang lelaki yang didakwa menghina Nabi di laman sosial Facebook (FB) di rumahnya di Mentakab, Temerloh.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 68 tahun itu ditahan pada waktu pagi, susulan laporan polis dibuat beberapa individu dan badan bukan kerajaan (NGO) sejak kelmarin.

Tindakan pengguna FB terbabit yang mempersend­akan Nabi SAW mengundang kemarahan pelbagai lapisan masyarakat Islam, bukan saja NGO malah parti politik kerajaan dan pembangkan­g mengutuk individu terbabit.

Malah, mereka memberikan amaran agar jangan biadab sehingga menjejaska­n keharmonia­n dan kemakmuran negara kerana ketegangan membabitka­n isu sensitif dan sentimen agama memerlukan masa lama untuk dipulihkan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia