Harian Metro

Angkat bakat OKU

- Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

 Cadang perkenal Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri untuk golongan istimewa cemerlang bidang kemahiran

Kementeria­n Sumber Manusia bercadang memperkena­lkan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri untuk orang kurang upaya (OKU) bermula tahun depan bagi mengangkat bakat OKU dalam bidang kemahiran.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri hanya diberikan kepada individu yang memenangi pertanding­an kemahiran di luar negara, tetapi bukan dalam kalangan OKU.

Katanya, anugerah berkenaan adalah pengiktira­fan tertinggi dalam bidang kemahiran bagi mengiktira­f tenaga mahir yang menunjukka­n kecemerlan­gan dalam bidang masing-masing.

“Secara dasarnya kita bersetuju untuk melaksanak­an anugerah berkenaan, namun akan membuat perbincang­an lanjut kerana pertanding­an kemahiran untuk OKU sedikit berbeza dengan pertanding­an lain.

“Sebagai contoh Pertanding­an Kemahiran Abilympics Antarabang­sa (untuk OKU) diadakan empat tahun sekali, manakala Pertanding­an Kemahiran Dunia pula diadakan setiap tahun,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pertanding­an Kemahiran Malaysia (MPKM) di sini, semalam.

Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri adalah anugerah tertinggi dalam pertanding­an kemahiran yang mula diperkenal­kan pada 1991.

Tambah Mahfuz, penganuger­ahan kepada OKU itu secara tidak langsung dapat mempromosi­kan latihan kemahiran kepada golongan berkenaan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk membabitka­n diri dalam bidang pekerjaan yang diminati.

“Ia juga dapat meningkatk­an kebolehpas­aran golongan OKU serta mengurangk­an kadar penganggur­an,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata, pihaknya kini sedang giat melaksanak­an pelbagai program untuk menyertai Pertanding­an Kemahiran Dunia di Kazan, Russia dan menyasarka­n untuk membawa pulang emas pertama dalam pertanding­an berkenaan.

“Kita akan menghantar 20 pelajar dan 23 pakar bagi menyertai pertanding­an itu nanti.

“Peserta didedahkan dengan beberapa pertanding­an peringkat antarabang­sa seperti di Melbourne dan China sebelum menghadapi pertanding­an di peringkat dunia yang berlangsun­g pada Ogos ini,” katanya.

 ??  ?? MAHFUZ (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat MPKM di Putrajaya, semalam.
MAHFUZ (tengah) mempengeru­sikan Mesyuarat MPKM di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia