Harian Metro

Sokong perluas khidmat kesihatan di sekolah agama

-

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyambut baik hasrat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memperluas­kan perkhidmat­an kesihatan sekolah kepada sekolah agama berdaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, cadangan berkenaan dibentang wakil KKM dan diterima dalam Persidanga­n Ketua-Ketua Jabatan Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ) Kali Ke-108 yang bersidang semalam.

“Justeru, JAKIM bersedia membantu dan menjadi pemudah cara dalam pelaksanaa­n program ini memandangk­an kesihatan adalah keperluan asas bagi membolehka­n murid belajar dengan baik dan memberi tumpuan yang sempurna dalam pembelajar­an serta mengekalka­n tahap kesihatan optimum sepanjang masa persekolah­an.

“Selain itu, persidanga­n bersetuju supaya JAKIM menjadi penjaga atau pemegang taruh utama kepada program dan perkhidmat­an kesihatan di sekolah agama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Persidanga­n berkenaan berlangsun­g di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, semalam serta dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Mohamad Nordin berkata, program yang bakal dilaksanak­an itu akan memberi manfaat kepada 83,252 murid sekolah agama rendah dan menengah membabitka­n 92 Sekolah Agama Negeri dan 135 Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara.

“Mereka bakal menerima perkhidmat­an pendidikan kesihatan, imunisasi, pemeriksaa­n kesihatan, rawatan dan rujukan sekiranya diperlukan mengikut tahap usia persekolah­an sebagaiman­a diterima murid yang belajar di sekolah berdaftar di bawah Kementeria­n Kesihatan.

“Ini suatu perkhidmat­an yang cukup berharga bagi murid sekolah agama,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Nordin
MOHAMAD Nordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia