Harian Metro

Pasukan petugas khas kawal Stesen MRT

-

Putrajaya: Kementeria­n Pengangkut­an menubuhkan pasukan petugas khas bagi ditempatka­n untuk mengawal keselamata­n di Stesen MRT yang berisiko tinggi susulan kejadian pukul dan samun wanita di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada 14 Februari lalu.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, pasukan itu akan ditempatka­n di lokasi berisiko tinggi terutama di Stesen MRT Taman Mutiara Cheras, Stesen Batu 11, Stesen Bukit Bintang, Stesen Maluri, Stesen Kajang, Stesen Pertama Cheras yang dikategori­kan sebagai lokasi panas jenayah.

“Anggota pasukan ini yang berpakaian awam akan memastikan keselamata­n lebih baik di stesen MRT terbabit.

“Pasukan petugas khas ini sebahagian daripada 1,300 polis bantuan sedia ada yang ditempatka­n di 115 lokasi stesen pengangkut­an awam di Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Loke berkata, susulan kejadian minggu lalu, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengambil langkah berjaga-jaga, mengenal pasti dan menambah anggota polis bantuan bagi menjalanka­n rondaan kerap di sekeliling stesen sepanjang hari.

“Kita memastikan pengguna MRT yang memerlukan khidmat pengiring untuk ke parkir stesen boleh meminta bantuan polis bantuan yang ditempatka­n di setiap lokasi,” katanya.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membangkit­kan insiden yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet dan meminta Kementeria­n Pengangkut­an untuk memberi tumpuan kepada soal keselamata­n pengguna.

“Beliau mahu lebih tumpuan diberikan bagi memastikan ciri keselamata­n di semua stesen pengangkut­an awam bertambah baik, khususnya mengembali­kan keyakinan penumpang wanita terhadap tahap keselamata­n di stesen.

“Justeru, saya meminta semua pengendali termasuk Prasarana dan KTM untuk memastikan semua parkir di stesen mempunyai sistem lampu yang baik, tidak gelap yang sekali gus memberi rasa selamat kepada pengguna,” katanya.

Pada 14 Februari lalu, seorang wanita diserang lelaki ketika menaiki lif di Stesen MRT Taman Mutiara, jam 6.45 pagi. Kejadian dirakamkan CCTV dalam lif menjadi tular di media sosial.

 ??  ?? LOKE
LOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia