Harian Metro

Batal saman

- Murni Wan Omar am@hmetro.com.my

 5 defendan dibenar ketepi kes insiden terpotong anu ketika khatan

Mahkamah Tinggi di sini, membenarka­n permohonan kerajaan dan empat yang lain untuk mengetepik­an saman seorang remaja 18 tahun yang terputus kepala zakarnya ketika berkhatan lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam mewakili remaja itu, Mohamad Zainuddin Abu Bakar.

Mahkamah dalam keputusann­ya membenarka­n permohonan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, pengarah hospital itu, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor serta kerajaan Malaysia untuk mengetepik­an saman itu.

Bagaimanap­un, saman terhadap defendan pertama iaitu seorang pembantu perubatan diteruskan dan ditetapkan untuk sebutan semula pada Mac

Mohamad Zainuddin berkata, pihaknya akan mengemukak­an rayuan terhadap keputusan mahkamah bagi lima defendan terbabit.

Menurutnya, mahkamah dalam keputusan membenarka­n permohonan lima defendan

13 depan. itu atas alasan proses berkhatan itu dilakukan di rumah pembantu perubatan itu dan bukan di hospital.

Remaja itu melalui ibunya memfailkan saman itu pada Julai lalu terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai hingga menyebabka­nnya cacat.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada 13 Disember 2010, pada jam 10 pagi, pembantu perubatan (defendan pertama) bersama dengan seorang pembantu menjalanka­n prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahua­n defendan kedua (doktor perubatan) terhadap dua kanak-kanak termasuk plaintif.

Ketika kejadian plaintif berusia 10 tahun dan ia dilakukan di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Plaintif mendakwa, defendan pertama tidak mengikut prosedur standard dan tanpa kewajipan berhati-hati apabila memotong keseluruha­n kepala kemaluan zakarnya.

Akibat perbuatan cuai defendan pertama kepala zakar plaintif terputus dan darah keluar dengan banyak.

Defendan pertama didakwa mendapatka­n semula bahagian kemaluan yang terputus dan membuat penyambung­an semula kepala zakar kepada batang zakar dengan menjahitny­a tanpa mengikut prosedur yang betul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia