Harian Metro

Najib, Shafee gagal peroleh kebenaran cabar Gopal Sri Ram

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memulakan prosiding mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes dihadapi mereka.

Hakim Datuk Azizah Nawawi dalam keputusann­ya berkata, isu berhubung pelantikan Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n itu wajar diputuskan di Mahkamah Tinggi Jenayah.

“Permohonan dikemukaka­n Najib dan Muhammad Shafee di sini (Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) adalah sama dengan permohonan di Mahkamah Tinggi Jenayah.

“Isu utama adalah permohonan sepatutnya didengar. Oleh kerana perbicaraa­n utama kes ini di Mahkamah Tinggi Jenayah, lebih baik isu berhubung pelantikan ini didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah,” katanya.

Sementara itu, ketika prosiding di Mahkamah Tinggi Jenayah, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berhujah bahawa permohonan Najib dan Muhammad Shafee perlu ditolak kerana ia tidak dibuat mengikut aturan yang betul.

Muhammad Shafee yang mewakili Najib pula berhujah bahawa Sri Ram tidak wajar mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu kerana ada kemungkina­n beliau dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan Jumaat ini untuk menyambung hujahan berhubung isu pelantikan Sri Ram itu.

Dalam permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan pada Disember tahun lalu, Najib dan Muhammad Shafee memohon perisytiha­ran membatalka­n keputusan Peguam Negara/Pendakwa Raya yang tidak mengemukak­an surat pelantikan Sri Ram mengikut Seksyen 376(3), Kanun Acara Jenayah.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia