Harian Metro

Henti sebar fitnah

- Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

 Dr Mujahid beri amaran agar pembangkan­g tidak guna isu TH untuk kelirukan pengundi

Pembangkan­g diingatkan supaya tidak terus menyebarka­n fitnah hingga mengeliruk­an pengundi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih termasuk konon pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) kini di bawah kawalan DAP.

Amaran itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang kesal apabila pembohonga­n

terhadap TH dilakukan secara bebas hingga mengeliruk­an pengundi di Semenyih.

“Hari ini mereka (pembangkan­g) secara berleluasa khususnya ketika kempen ini membawa satu pembohonga­n konon TH sekarang di bawah telunjuk DAP. Menteri Agama tunduk pada kehendak DAP.

“Ini sangat bahaya dan jangan sampai kita saman perbuatan seperti itu yang tidak membantu 9.7 juta pendeposit (TH),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pusat Daerah Mengundi Taman Kantan Permai, Kajang di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) turut mengingatk­an pihak yang melakukan fitnah itu beliau pernah memenangi satu kes saman membabitka­n seorang profesor yang menulis satu artikel berhubung perkara sama.

Menurutnya, akhirnya individu itu membuat permohonan maaf dengan menarik semula artikel yang ditulis.

Sebelum ini, dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 13 Julai 2017, bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menerusi Facebookny­a pada 25 Mei menuduh Mujahid menjadi kuda tunggangan DAP.

Bagaimanap­un, pada 21 November tahun lalu, saman fitnah itu diselesaik­an secara baik susulan Kamarul Zaman memohon maaf dan menyatakan kekesalan terhadap artikel yang dimuat naik dalam akaun Facebook peribadiny­a pada 25 Mei 2017.

 ?? Dr Mujahid Yusof ?? Ini sangat bahaya dan jangan sampai kita saman perbuatan seperti itu yang tidak membantu 9.7 juta pendeposit (TH)”
Dr Mujahid Yusof Ini sangat bahaya dan jangan sampai kita saman perbuatan seperti itu yang tidak membantu 9.7 juta pendeposit (TH)”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia