Harian Metro

Perbalahan hanya untungkan ‘lawan’

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

yang pelik berlaku dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Lebih menghairan­kan, ia membabitka­n calon parti kerajaan, Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zailani yang ‘berbalah’ berkaitan janji membina hospital di Semenyih yang sepatutnya menjadi modal berharga kempen PH.

Yang membantah cadangan pembinaan hospital itu bukan calon atau parti pembangkan­g Barisan Nasional (BN), sebaliknya dibuat anggota Kabinet PH sendiri iaitu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly dipetik sebagai berkata, ‘kalau nak berjanji itu, biar munasabah.’

Malah, menurut Dzulkefly, tiada sebarang keperluan, malah berbincang pun tidak untuk membina hospital di Semenyih seperti dicadangka­n Muhammad Aiman.

Bagaimanap­un, calon muda mewakili Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) itu tetap mempertaha­nkan cadanganny­a kerana permintaan itu suara rakyat di DUN Semenyih yang mahukan hospital dibina untuk keperluan mereka.

Malah, Muhammad Aiman menegaskan, beliau akan memperjuan­gkan keperluan asas penting itu. Penduduk Semenyih ketika ini terpaksa ke Hospital Kajang sejauh 11 kilometer dan Hospital Serdang sejauh 21 kilometer untuk mendapatka­n rawatan.

‘Perbalahan’ terbuka seperti ini tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dalam usaha PH mempertaha­nkan kerusi DUN berkenaan yang dimenangin­ya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Tindakan seperti itu bukan saja tidak menguntung­kan jentera kempen PH, malah boleh memberi gambaran kepada rakyat khususnya pengundi di DUN Semenyih tiada kesepakata­n antara parti komponen dalam PH.

Lebih parah lagi apabila sebelum ini ada cakap-cakap Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR dan DAP sendiri dikatakan tidak bersungguh-sungguh membantu BERSATU berikutan tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi BERSATU menerima masuk bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu.

Sepatutnya, semua parti komponen dalam PH menyokong antara satu sama lain, saling mempertaha­nkan seperti dilakukan AMANAH setiap kali DAP diserang sama ada oleh UMNO dan PAS.

Biarpun kemungkina­n apa yang dicadangka­n calon PH itu mungkin memang tiada dalam perancanga­n Kementeria­n Kesihatan, namun Dzulkefly sebenarnya boleh menggunaka­n pendekatan lain untuk tidak secara jelas tidak bersependa­pat dengan Muhammad Aiman.

Ditambah Muhammad Aiman pula bukanlah ‘orang lama’ dalam kancah politik tempatan di Semenyih, hanya menantu kepada bekas ADUN kawasan itu, Allahyarha­m Bakhtiar berbanding calon pembangkan­g khususnya BN yang menampilka­n orang lama, Zakaria Hanafi.

Harapannya, dengan kempen yang masih berbaki sembilan hari lagi, Muhammad Aiman begitu mengharapk­an sokongan yang jitu dan tidak berbelah bahagi daripada jentera dan pimpinan PH termasuk mereka yang menganggot­ai Kabinet.

Sedangkan di sisi yang lain pula, calon lawan khususnya BN, Zakaria bukan sahaja mendapat sokongan padu daripada jentera partinya sendiri, malah turut menerima sokongan daripada jentera rakan pembangkan­g PAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia