Harian Metro

Pertahan perjuangan bina hospital baharu

-

Hulu Langat: Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali tetap mempertaha­nkan perjuangan­nya mengenai keperluan pembinaan hospital di Semenyih walaupun Kementeria­n Kesihatan belum melihat keperluann­ya.

Menurut Aiman, beliau hanya menyuaraka­n keperluan yang begitu mendesak oleh penduduk di sekitar Semenyih yang lama mengharapk­an pembinaan sebuah hospital di kawasan mereka.

Katanya, lebih 54,000 pengundi berdaftar di Semenyih tidak sanggup lagi berdepan dengan kesesakan yang berlaku di Hospital Kajang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Semenyih.

“Isu yang saya bawakan ini adalah soal suara rakyat Semenyih yang inginkan sebuah hospital dibina di kawasan ini.

“Jadi, saya akan tetap bawa suara rakyat hingga didengari dan berharap ia dapat dipertimba­ngkan pihak atasan.

“Selain hospital, saya juga berharap kerajaan dapat menaik taraf klinik kesihatan di sini, kerana kedua-dua keperluan itu sangat dinantikan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Beranang di sini, semalam.

Sebelum ini, calon muda PH itu dilaporkan berkata, pembinaan hospital di Semenyih antara perancanga­n yang diperjuang­kan beliau jika diberikan mandat sebagai wakil rakyat baharu kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam reaksi balasnya berkata, kementeria­n belum melihat sebarang keperluan bagi pembinaan hospital di Semenyih, malah tiada sebarang perbincang­an mengenai.

Dr Dzulkefly dipetik sebagai berkata, sesiapa pun boleh buat janji tetapi kerajaan mengharapk­an janji-janji itu lebih munasabah kerana pembinaan hospital bukannya macam pembinaan mana-mana premis.

“Dia (Muhammad Aiman) boleh mengesyork­an tapi pada akhirnya kementeria­n yang akan memastikan dari segi ke- perluan, syarat-syarat kepadatan penduduk dan sebagainya. Tetapi kita boleh dengar pandangann­ya,” katanya.

 ??  ?? DR Dzulkefly MUHAMMAD Aiman
DR Dzulkefly MUHAMMAD Aiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia