Harian Metro

JERAMI GULUNG KEEMASAN

 Orang ramai tak lepas peluang ambil gambar pemandanga­n seperti berada di Eropah

- Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Sekali imbas pemandanga­nnya seperti di Eropah, namun tiada siapa menyangka keindahan pemandanga­n ratusan jerami gulung itu sebenarnya hanya di Kedah dan Perlis.

Keadaan itu sekali gus menggamit perhatian orang ramai untuk berhenti mengambil gambar. Ada juga kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang berlari di atas gulungan jerami terbabit.

Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, Lembaga Kemajuan

Pertanian Muda (MADA), Ruslan Abdul Ghani Ahmad berkata, pemandanga­n itu sebenarnya dapat dilihat pada pertengaha­n bulan lalu selepas pihaknya mula menuai jerami bagi mengelak pembakaran terbuka.

Katanya, program mengumpulk­an jerami padi itu sudah dilaksanak­an sejak 2006 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Tahun ini musim panas lebih lama. Ia menjadi tarikan apabila jerami menjadi lebih kuning dan berwarna keemasan. Proses menuai dan menggulung jerami itu pula menggunaka­n mesin khas yang diimport dari Itali.

“Tunggul jerami perlu dipotong bagi memudahkan proses pembakaran sebelum bermula musim membajak dan menabur benih.

“Jika tidak dipotong ia akan menyebabka­n proses pembakaran tidak sempurna dan tidak terkawal sehingga menyebabka­n pencemaran udara terutama ketika musim panas.

“Selain itu, pembakaran yang sempurna juga dapat membantu mengekang penyebaran benih padi angin serta makhluk perosak, sekali gus dapat meningkatk­an hasil petani,” katanya ketika ditemui di gudang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau, di sini.

Ruslan berkata, setiap gulung jerami dianggarka­n seberat 400 hingga 500 kilogram (kg) dan pihaknya menyasarka­n ia akan dituai sehingga 4,500 tan pada musim ini dengan anggaran 12,000 gulung di seluruh Kedah dan Perlis.

Katanya, jerami terbabit akan disimpan di dalam 10 gudang kawasan PPK sebelum ia dijual kepada penternak haiwan dan pembuat kraf tangan.

Katanya penjualan jerami antara RM65 hingga RM80 segulung turut membantu menambah pendapatan PPK sehingga 15 peratus, sekali gus memberi pulangan menerusi koperasi ahli PPK iaitu petani.

“Di samping itu, proses penuaian menggunaka­n mesin ini turut menjimatka­n kos petani berikutan mereka tidak lagi perlu membayar upah memotong tunggul jerami.

“Jika tidak, petani perlu membayar RM25 kepada PPK bagi kos memotong tunggul jerami bagi setiap 0.28 hektar sawah,” katanya.

 ??  ?? KANAK-KANAK ditemani ahli keluarga melompat di atas gulungan jerami ketika beriadah di Sungai Limau.
KANAK-KANAK ditemani ahli keluarga melompat di atas gulungan jerami ketika beriadah di Sungai Limau.
 ??  ?? MESIN penggulung jerami yang diimport
dari Itali.
MESIN penggulung jerami yang diimport dari Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia