Harian Metro

ANAK POKOK SERINGGIT

-

 Usahawan tani peroleh RM4,000 seminggu jual tanaman popular di sekitar rumah

harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2.

“Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung,” katanya.

Isteri Nasarudin, Sanidah Bakron, 43, pula berkata, selain tanaman popular, mereka juga menjual pokok yang sukar ditemui contohnya senduduk putih yang berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

“Alhamdulil­lah, kami kini mempunyai pelanggan bukan saja dari seluruh Malaysia, malah luar negara,” kata ibu kepada empat anak berusia empat hingga 18 tahun itu.

Sementara itu, Dr Azman berkata, bidang pertanian menjanjika­n pendapatan lumayan kepada rakyat Terengganu, lebih-lebih lagi negeri ini yang mempunyai kawasan sesuai dan subur.

“Pertanian di Terengganu belum mencapai kadar mencukupi untuk rakyat, contohnya keluaran padi beras di 12,000 hektar tanah hanya cukup untuk 50 peratus daripada 1.2 juta rakyat, manakala penternaka­n lembu dan ayam masih ada 70 peratus kekurangan untuk

(jaminan bekalan makanan).

“Maknanya, sesiapa yang menceburi bidang pertanian di negeri ini boleh dikatakan tiada persaingan,” katanya.

Menurutnya, bagi merancakka­n sektor pertanian, kerajaan negeri menambah baik Dana Usahawan Tani yang kini dikenali Skim Bantuan Modal Tani untuk mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.

“Kita sediakan pinjaman patuh syariah tanpa faedah dan usahawan yang menyertai skim ini hanya perlu membayar apabila sudah memperoleh hasil.

“Dana ini berjumlah

RM5 juta yang akan ditambah sekiranya diperlukan dan jumlah pinjaman maksimum adalah RM50,000,” katanya.

 ?? Nasarudin Mohamed ?? NASARUDIN bersama Sanidah menunjukka­n anak pokok yang diusahakan mereka yang dijual dengan harga serendah RM1 di Kampung Bakap, Jabi.
Ada usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2. Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung”
Nasarudin Mohamed NASARUDIN bersama Sanidah menunjukka­n anak pokok yang diusahakan mereka yang dijual dengan harga serendah RM1 di Kampung Bakap, Jabi. Ada usahawan lain yang beli daripada saya dan menjualnya di pasar tani atau kawasan lain dan harganya juga sama iaitu saya jual RM1, kemudian mereka jual RM2. Saya tak bercadang untuk menaikkan harga jualan, biarlah semua sama-sama untung”
 ??  ?? SANIDAH menerangka­n proses penanaman anak pokok kepada orang ramai di Kampung Bakap, Jabi.
SANIDAH menerangka­n proses penanaman anak pokok kepada orang ramai di Kampung Bakap, Jabi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia