Harian Metro

‘Ufti’ RM60,000

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Tauke pusat pembuangan sampah haram raih untung besar

Kutip ‘tol’ antara RM50 hingga RM100 ringgit bagi setiap lori yang mahu membuang sampah. Itu antara kegiatan sindiket pembuangan sampah haram yang dikesan menjadikan tanah milik persendiri­an di Kota Puteri, di sini, sebagai lubuk rezeki meraih pendapatan mencecah RM60,000 sebulan.

Kegiatan yang berlarutan sejak dua tahun lalu itu terbongkar susulan aduan penduduk tempatan dan pengusaha kilang kepada Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pejabat Menteri Besar Johor, berhubung aktiviti pembuangan sampah haram di tapak seluas 12 hektar.

Difahamkan,

sindiket menggunaka­n alat perhubunga­n walkie-talkie untuk memudahkan operasi selain penjaga tapak diarah mengutip bayaran bagi melicinkan proses pembuangan sisa pepejal dan makanan kediaman, sisa industri dan pembinaan di kawasan berhampira­n.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, tanah persendiri­an itu dipenuhi lautan sampah hasil aktiviti pembuangan sisa sampah haram membabitka­n lebih 30 lori berulang-alik setiap hari.

Selain menjadi pusat longgokan sampah, barangan kitar semula turut dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada pekerja di kawasan berkenaan yang sentiasa menunggu ketibaan lori.

Difahamkan, dua laporan polis sudah dibuat pemilik tanah, selain memasang penghalang di laluan masuk kawasan itu, namun tindakan itu masih gagal menakutkan sindiket berkenaan.

Ahli Majlis Permas Jaya, Dannny Tan Peng Chye berkata, isu membabitka­n tapak sampah haram di tanah persendiri­an itu terbongkar hasil aduan awam sejak seminggu lalu.

“Tinjauan kemudian dilakukan bersama pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi menjalanka­n siasatan dan pemantauan terhadap aktiviti haram yang mencemarka­n alam sekitar.

“Isu ini dipandang serius kerana ia bukan saja membahayak­an kesihatan awam, malah membabitka­n penceroboh­an tanah persendiri­an,” katanya ketika ditemui dalam sesi lawatan di tapak itu, semalam.

 ??  ?? PENG Chye (tiga dari kiri) bersama pemilik kilang yang membantah tapak pembuangan sampah haram di Kota Puteri, Masai.
PENG Chye (tiga dari kiri) bersama pemilik kilang yang membantah tapak pembuangan sampah haram di Kota Puteri, Masai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia