Harian Metro

Penjara 12 bulan

-

Kota Bharu: Padah menunjukka­n kemaluan kepada seorang jurujual berpurdah, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Izuddin Mohd Shukri menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan bermula semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang jurujual wanita berusia 36 tahun dengan menunjukka­n kemaluan di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor di sini kira-kira jam 8.57 pagi pada 8 Februari 2019.

Tertuduh mengulangi perbuatan sama pada jam 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan pada jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, ketika mangsa berada di kaunter kedai runcit, tertuduh datang untuk membuat pembayaran dan ketika ingin membayar dia membuka zip seluar sebelum mengeluark­an kemaluanny­a di hadapan wanita itu.

Difahamkan, tertuduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa berpurdah itu beberapa kali dan kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum laporan polis dibuat.

Terdahulu, tertuduh memohon kepada mahkamah memberikan hukuman ringan kerana insaf dengan kesalahann­ya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffudd­in memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia