Harian Metro

Hafal skrip menipu

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Mangsa diarah buat panggilan telefon sama seperti modus operandi sindiket Macau Scam

Berlakon sebagai pegawai bank dan mahkamah serta perlu menghafal skrip. Itu kisah yang diceritaka­n mangsa penipuan pekerjaan membabitka­n 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ketika memberi keterangan, mangsa mendakwa mereka turut diarahkan untuk membuat dan menjawab panggilan telefon sama seperti modus operandi digunakan sindiket Macau Scam.

“Malah, ada mangsa diarah mempromosi­kan judi dalam talian menerusi panggilan telefon dan mesej pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang disediakan.

“Setakat ini, pihak kami menerima lapan laporan polis yang dibuat mangsa berhubung kes penipuan itu yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurut Mustaffa, sehingga kini suspek warga tempatan yang disyaki terbabit sindiket penipuan pekerjaan itu dikenal pasti dan usaha mengesanny­a giat dijalankan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa diperdaya kononnya untuk bekerja dalam bidang perhotelan di Kemboja dengan gaji bulanan antara AS$1,200 (RM4,884.60) hingga AS$1,500 (RM6,105.75).

“Mangsa juga dikehendak­i membayar yuran pemprosesa­n AS$200 (RM814.10) hingga AS$300 (RM1,221.15) ke akaun bank dan kepada seorang rakyat tempatan,” katanya.

Beliau menambah, mangsa mengetahui tawaran kerja palsu itu menerusi Facebook dan WeChat.

“Mangsa diterbangk­an ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Siem Reap, Kemboja secara berasingan iaitu pada Oktober dan November tahun lalu.

“Sebaik tiba, mangsa dibawa ke sebuah rumah dan tidak dibenarkan keluar dengan makan minum disediakan, malah mereka dikehendak­i menyerahka­n telefon bimbit serta pasport kepada beberapa lelaki yang menjaga dan mengawal mereka,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 warga Malaysia, termasuk 40 berasal dari Sarawak dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

 ?? Mustafa Kamal Gani ?? Setakat ini lapan laporan polis dibuat mangsa berhubung kes penipuan itu”
Mustafa Kamal Gani Setakat ini lapan laporan polis dibuat mangsa berhubung kes penipuan itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia