Harian Metro

Terlepas tuduhan miliki soalan bocor

- Aizat Sharif mohd.aizat@nstp.com.my

Seremban: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengetepik­an hukuman penjara lima tahun terhadap seorang bekas guru atas pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, lima tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas menerima rayuan L Subbarau @ Kamalanath­an, 40, terhadap hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadapny­a pada Februari tahun lalu.

Bagaimanap­un, tertuduh belum dipenjarak­an kerana Hakim G Ramesh sebelum ini membenarka­n hukuman itu ditangguhk­an sementara tertuduh memohon rayuan.

Muhammad Jamil dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah mendapati tertuduh dinafikan hak mendapatka­n penghakima­n yang saksama.

“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah mengenepik­an hukuman kerana tertuduh tidak dibenarkan untuk memanggil semula dua saksi penting semasa perbicaraa­n,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa atas lima pertuduhan memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037 serta Sains 081 melalui seunit telefon pintar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 8 September hingga 16 September 2014 di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga tujuh tahun.

Seramai 17 pekerja warga asing bertempiar­an lari menyelamat­kan diri selepas tapak pembinaan mereka di sekitar bandar raya diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam Ops Bersepadu, kelmarin.

Namun cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas ditahan anggota JIM dan beberapa agensi lain yang mengepung tapak pembinaan tempat itu ketika operasi.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, seramai 60 pekerja warga asing dari pelbagai negara

 Imigresen cekup pekerja warga asing ketika mereka sibuk bekerja

diperiksa dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu.

“Ketika serbuan, semua warga asing itu sibuk bekerja dan tidak menyedari kehadiran anggota kami iaitu lima pegawai dari Bahagian Penguatkua­sa JIM Kedah di tempat mereka bekerja.

“Sebaik menyedari kehadiran kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

“Semua warga asing yang ditahan, lelaki berusia 21 hingga 48 tahun. Mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

“Operasi ini turut mendapat kerjasama 16 anggota daripada Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB), 10 anggota pejabat Kementeria­n Kesihatan daerah Kota Setar dan empat anggota Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) negeri Kedah.

Warga asing terbabit kemudianny­a ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementeria­n Dalam Negeri Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

 ?? Zuhair Jamaludin ?? ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam. Mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan”
Zuhair Jamaludin ANTARA warga asing yang ditahan dalam operasi, semalam. Mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia