Harian Metro

Hanya adegan tarik-menarik

-

Tiada pergaduhan berlaku sebaliknya hanya salah faham dan adegan tarik-menarik dalam insiden Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan

Deris.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan tidak serius dan Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo boleh dibebaskan dengan jaminan polis.

“Papagomo boleh dijamin dan kes ini akan diselesaik­an dalam masa terdekat.

“Jika kita berasa saksi sudah mencukupi, kita akan serahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman Datuk Abd Rahim Jaafar serta Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Wan Muhammad Azri sebelum ini direman selama tiga hari sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan kes serangan terhadap Syed Saddiq.

Dia disiasat mengikut Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mendatangk­an kecederaan dengan sengaja.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi Sabtu lalu ketika selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Syed Saddiq mendakwa diserang oleh sekumpulan penyokong parti pembangkan­g ketika sedang berjalan kaki menuju ke keretanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia