Harian Metro

Tak mengaku

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

 Sekumpulan lelaki hadapi dua pertuduhan pecah masuk bilik sewa penuntut universiti

Tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret, semalam atas dua pertuduhan pecah masuk bilik sewa penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, dua minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, M Devaraj, 21, Tow Chee Yeoung, 22, dan seorang lagi rakan mereka berusia 17 tahun itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka bersama-sama dua lagi individu yang masih bebas didakwa memecah masuk bilik sewa untuk mencuri sebuah beg, tablet jenama Teclast, jam tangan jenama G-Shock (2), cermin mata (2), pengering rambut (1), pemutar skru (2), dapur elektrik (1) dan seutas gelang tangan milik Mak Shu Zen, 19.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di bilik sewa mangsa di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Barat di sini antara jam 9.30 malam hingga 10 malam, 8 Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, semua tertuduh didakwa melakukan pecah bilik sewa untuk mencuri sebuah beg pakaian, satu bekas peralatan alat tulis dan sebuah beg yang mengandung­i dua raket badminton kepunyaan Lew Qing Xiang, 21 di biliknya di Pusat Perdaganga­n, Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Barat di sini, jam 10 malam hari yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Selain itu, remaja bawah umur itu turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan memiliki alatan untuk pecah rumah iaitu penukul besi dan playar tanpa alasan munasabah di kaki lima bangunan Jalan Kampar Barat 3, di sini, jam 9.30 malam, 10 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 28(l)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dihukum denda maksimum RM200 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Devaraj pula mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan iaitu menyimpan barangan curi berupa beg pakaian, satu bekas peralatan alat tulis dan beg yang mengandung­i dua raket badminton kepunyaan Qing Xiang di rumah Jalan Degong, Taman Indah di sini, jam 2.10 petang, 16 Februari lalu.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor manakala semua tertuduh diwakili peguam bela, Sukhdave Singh dan Kashvinder Singh.

Nur Faizah membenarka­n Devaraj dan Chee Yeoung masing-masing diikat jamin berjumlah RM11,400 dan RM7,600 dengan seorang penjamin manakala rakannya berusia 17 tahun dibenarkan jaminan berjumlah RM6,400 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula 13 Mac ini.

 ??  ?? TIGA lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kampar atas pertuduhan pecah masuk bilik penuntut UTAR.
TIGA lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kampar atas pertuduhan pecah masuk bilik penuntut UTAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia