Harian Metro

Dua beranak kritikal lemas dalam kereta

-

Chukai: Dua beranak termasuk kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan kritikal dipercayai akibat lemas dalam kejadian di tempat letak kereta di perkaranga­n Hospital Kemaman, semalam.

Mohd Amiroshelm­i Jusoh,30, dan anaknya, Putera Rafiudin ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dalam kereta Proton Gen 2 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Rakan mangsa, Mohd Hazmin Jusoh, 33, berkata, dia ada menghubung­i mangsa untuk berbincang soal kerja namun panggilann­ya tidak dijawab.

“Saya ambil keputusan pergi ke lokasi kejadian kerana berasakan mangsa berada di hospital melawat isteri dan anak bongsunya berusia tiga tahun,” katanya.

Menurutnya, sebaik menghampir­i kereta mangsa, dia terkejut apabila mendapati dua beranak itu berada dalam keadaan terbaring.

“Saya segera mengejutka­n Mohd Amirolhelm­i bersama anaknya namun mereka tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Rakan bersama anaknya dari rumah mereka di Bandar Kerteh datang ke hospital untuk melihat isterinya yang menjaga anak mereka yang dimasukkan ke wad,” katanya.

Katanya, dia mengambil batu untuk memecahkan tingkap kereta itu bagi menyelamat­kan dua beranak terbabit.

“Saya terus mengambil anaknya yang berada dalam keadaan pucat dan mendukungn­ya terus ke unit kecemasan.

“Rakan saya pula dikeluarka­n kakitangan hospital sebelum dibawa ke unit kecemasan untuk rawatan.

“Mereka masih dirawat dan saya harap rakan dan anaknya selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superinten­dan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahka­n ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

 ??  ?? MOHD Amiroshelm­i dan Putera ditemui terbaring tidak sedarkan diri.
MOHD Amiroshelm­i dan Putera ditemui terbaring tidak sedarkan diri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia