Harian Metro

3 parah dilibas parang

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@hmetro.com.my

Tiga lelaki parah dilibas dengan parang termasuk seorang patah ibu jari kanan dan patah lengan kiri dalam kejadian amuk di Pekan Sungai Pinang, jam 2.30 pagi, 8 Februari lalu.

Dalam kejadian berpunca daripada masalah keluarga itu, seorang suspek berusia 37 tahun menyerang ketiga-tiga mangsa menggunaka­n parang di hadapan kedai runcit di situ.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan berkata, dalam kejadian itu suspek datang ke rumah bapa saudaranya berusia 57 tahun kerana

 Mangsa putus ibu jari kanan, patah lengan kiri dalam amukan

mendakwa mangsa memarahi ibunya.

“Suspek cuba menimbulka­n provokasi dengan membakar mercun di hadapan rumah mangsa.

“Selepas bertekak dengan mangsa yang keluar dari rumah sejurus selepas itu, suspek yang bersenjata­kan parang kemudian melibas mangsa menyebabka­n dia putus ibu jari kanan dan cedera di lengan,” katanya di sini.

Beliau berkata, anak tiri mangsa berusia 18 tahun cuba mententera­mkan keadaan namun diserang suspek menggunaka­n parang sehingga patah tangan kiri.

Katanya, suspek terus mengamuk sebelum mencederak­an seorang lagi rakan mangsa beruisa 50 tahun sehingga mangsa ketiga itu putus urat jari.

“Selepas beberapa minit, suspek melarikan diri kerana orang ramai mula memenuhi kawasan itu dan menghilang­kan diri.

“Polis yang menerima laporan kejadian kemudian menggiatka­n usaha memburu suspek,” katanya.

Menurutnya, suspek dikenali sebagai Lim Yi Hang itu dipercayai bersembuny­i bagi mengelak dicekup polis.

Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menghubung­i polis di talian 04-866 2222 atau 019 354 5197.

 ??  ?? ANBALAGAN menunjukka­n gambar suspek dikehendak­i oleh polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
ANBALAGAN menunjukka­n gambar suspek dikehendak­i oleh polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia