Harian Metro

Padah terlelap

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Isteri, anak parah kereta langgar pembahagi jalan

Empat sekeluarga cedera termasuk dua parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 26.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), menghala ke Selayang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa, Muhammad Haidir Tamrin, 31, bersama isteri, Hemalini Suparman, 25, dan anak mereka, Nur Zahira Maira, 3, dan Muhammad Aidil Zafran, 5, menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Sungai Besar menghala ke Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta dipercayai terlelap sebelum kenderaan terbabit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

“Pelanggara­n itu mengakibat­kan isteri mangsa dan anak perempuan mereka parah, manakala pemandu kereta terbabit dan anak lelakinya cedera ringan.

“Tiga mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh, manakala kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, kereta itu mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian akibat kemalangan berkenaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian dibuat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN Proton Wira selepas terbabas di Kilometer 26.2
LATAR, semalam.
KEADAAN Proton Wira selepas terbabas di Kilometer 26.2 LATAR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia