Harian Metro

QSR Brands lancar loji rawatan syariah

-

Klang: QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) menerusi anak syarikatny­a, Ayamas Food Corporatio­n Sdn Bhd (Ayamas) melancarka­n loji rawatan sisa air dan loji kitar semula patuh syariah pertama di negara ini.

Kedua-dua loji berkenaan dibangunka­n dengan kerjasama anak syarikat MMC Corporatio­n Bhd, Aliran Ihsan Resources Bhd (Aliran Ihsan) yang membuat pelaburan pendahulua­n RM4 juta bagi kerja penambahba­ikan dan pemasangan.

Aliran Ihsan akan menjual semula air terawat daripada Loji Rawatan Sisa Air patuh syariah itu kepada QSR Brands dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran.

Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, jalinan kerjasama yang akan berlangsun­g selama 13 tahun itu mendatangk­an penjimatan yang besar kepada pihaknya.

“QSR Brands akan terus menggunaka­n modal perniagaan seumpama ini dalam perniagaan huluan kami. Selain projek ini, kami juga dalam perbincang­an untuk projek seumpamany­a di Bandar Tenggara, Johor dan saya berharap ia dapat direalisas­ikan menjelang akhir tahun ini.

“Pelancaran loji ini juga adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mencapai kelestaria­n alam sekitar secara berterusan di samping menjadikan operasi kilang lebih lancar dan bersih,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Aliran Ihsan, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

Selepas QSR Brands berunding dengan jabatan agama berkaitan, loji rawatan berkenaan dilengkapi teknologi untuk merawat sisa cecair menjadi bersih, jernih dan tidak berbau.

Air itu dikategori­kan sebagai air mutlak oleh pejabat Mufti Selangor dan penggunaan semula air terawat ini dijamin selamat serta mematuhi garis panduan pensijilan halal dan Syariah, selaras dengan keputusan yang diterbitka­n Jawatankua­sa Fatwa Selangor.

Sementara itu, Che Khalib berkata, pihaknya teruja kerana dapat menjadi rakan kongsi bagi projek berkenaan dan berharap lebih banyak peluang dapat diberikan.

“Ia bagi membolehka­n kami berkongsi teknologi aplikasi membran seperti membran reaktor bio dan osmosis berbalik serta kepakaran rawatan air yang lain kerana ia menyumbang kepada pemulihara­an ekosistem menerusi pengurusan sumber air lestari,” katanya.

 ??  ?? QSR Brands bakal menikmati harga air terawat lebih rendah daripada harga pasaran.
QSR Brands bakal menikmati harga air terawat lebih rendah daripada harga pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia