Harian Metro

MTD CAPITAL MENGIKUT JADUAL

- Hazwan Faisal Mohamad bisnes@hmetro.com.my

 Fasa 1A projek New Clark City di Filipina siap 55 peratus

kira semua faktor dan cabaran yang mungkin akan dihadapi sepanjang pembinaan projek ini termasuk musim hujan pada bulan April dan Mei ini yang boleh mengganggu perjalanan kerja projek ini.

“Jika tiada sebarang perkara di luar jangkaan berlaku, kami yakin mampu menyiapkan dan menyerahka­n projek ini kepada pihak berkuasa pada 15 Oktober ini,” katanya pada taklimat meja bulat mengenai perkembang­an terbaharu projek itu di sini, semalam.

Pada Januari 2018, MTD Capital mengumumka­n akan membangunk­an sebahagian daripada pusat pentadbira­n kerajaan di atas tapak berkeluasa­n 60 hektar di di New Clark City, Filipina yang bernilai kira-kira RM1.8 bilion.

Projek yang mirip dengan Putrajaya itu terbahagi kepada dua fasa iaitu 1A dan 1B dan adalah sebahagian daripada keseluruha­n pembanguna­n berkeluasa­n 9,450 hektar di New Clark City.

Mengulas lanjut, Tee berkata, Fasa 1A akan mengandung­i pembinaan berkaitan sukan dan bukan sukan termasuk sebuah stadium berkapasit­i 20,000 tempat duduk yang turut dilengkapi trek larian 400 meter dan sebuah pusat akuatik dengan 2,000 tempat duduk.

Selain itu, katanya ia akan turut mempunyai dua bangunan kerajaan setinggi tujuh tingkat, pusat operasi bersepadu, perkampung­an atlet, perumahan kerajaan dan taman.

“Bagi projek Fasa 1B yang berkeluasa­n 20 hektar dan bernilai kira-kira RM800 juta, ia akan mula dibangunka­n pada awal tahun depan dan dijangka siap pada tahun 2022,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembang­an projek pembanguna­n bercampur syarikat itu di London iaitu One Crown Place, Tee berkata, sebanyak 110 unit kediaman apartmen telah terjual daripada 246 unit sedia ada.

Projek dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) 500 juta pound (RM2.65 bilion) itu turut mengandung­i 136,000 kaki persegi (kps) ruang pejabat, 7,000 kps ruang runcit dan hotel butik dengan 41 bilik.

MTD Capital pada September tahun lalu berjaya meraih pembiayaan bernilai RM1.5 bilion daripada dana pencen terbesar Australia, Australian Super dan satu daripada pengurus pelaburan hartanah terbesar dunia, TH Real State bagi pembanguna­n One Crown Place.

 ?? Tee Kim Siew ?? Kami telah mengambil kira semua faktor dan cabaran yang mungkin akan dihadapi sepanjang pembinaan projek ini termasuk musim hujan pada bulan April dan Mei ini yang boleh mengganggu perjalanan kerja projek ini”
Tee Kim Siew Kami telah mengambil kira semua faktor dan cabaran yang mungkin akan dihadapi sepanjang pembinaan projek ini termasuk musim hujan pada bulan April dan Mei ini yang boleh mengganggu perjalanan kerja projek ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia