Harian Metro

Rebut projek di luar negara

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menggesa lebih banyak syarikat tempatan terbabit dalam projek perkhidmat­an pembinaan di luar negara, sekali gus melonjakka­n Malaysia sebagai peserta utama dari segi keupayaan, pengalaman dan kepakaran.

Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming berkata, pembanguna­n pesat di Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang lalu telah menghasilk­an banyak peserta industri pembinaan bertaraf antarabang­sa.

“Tahun lalu, syarikat pembinaan Malaysia memenangi 23 projek bernilai RM1.94 bilion di 13 negara. Lima projek utama adalah di Kemboja, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brunei, Qatar dan Sri Lanka,” katanya selepas Forum Perniagaan Eco Satellite

City Uganda di sini, semalam.

MTD Capital Bhd sudah menyiapkan 55 peratus projek pembanguna­n Fasa 1A pusat pentadbira­n baharu kerajaan Filipina, New Clark City bernilai kira-kira RM1 bilion.

Ia sekali gus mengukuhka­n lagi keupayaan MTD Capital, anak syarikat MTD Group iaitu konglomera­t pembinaan yang terbabit projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MTD Capital, Tee Kim Siew berkata, Fasa 1A seluas 40 hektar yang mula dibangunka­n pada Mac tahun lalu kini dalam jadual untuk disiapkan sepenuhnya mengikut jadual ditetapkan iaitu pada 15 Oktober ini.

Katanya, pihaknya yakin projek itu mampu disiapkan mengikut jadual ditetapkan bagi membolehka­n ia diserahkan kepada pihak berkuasa 45 hari sebelum penganjura­n Sukan SEA yang akan berlangsun­g pada 30 November ini.

“Kami telah mengambil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia