Harian Metro

Akuarium interaktif

- Suffian A Bakar bisnes@hmetro.com.my

LEGOLAND Malaysia Resort menawarkan tarikan dan kemudahan baharu di taman tema itu termasuk pelancaran akuarium SEA LIFE Malaysia April ini, LEGOLAND Hotel yang dinaik taraf dan beberapa promosi menarik lain.

Pengurus Besarnya, Kurt Stocks berkata, SEA LIFE Malaysia akan menjadi satu-satunya SEA LIFE di rantau ini yang menggabung­kan konsep akuarium interaktif dengan keunikan elemen LEGO.

Beliau berkata, SEA LIFE yang juga jenama akuarium terbesar dunia akan menawarkan peluang kepada pengunjung untuk mengenali 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dalam persekitar­an selamat, menyeronok­kan dan bercirikan

 LEGOLAND bakal lancar tarikan baharu, SEA LIFE Malaysia di taman tema tahun ini

pendidikan.

“LEGOLAND Malaysia Resort berharap keluarga yang melawat akuarium ini akan pulang ke rumah dengan semangat dan inspirasi untuk mempelajar­i, mencintai dan memelihara laut,” katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jualan dan Pemasarann­ya, Thila Munusamy.

Mengulas lanjut, Stocks berkata, bagi memastikan pengunjung berpeluang menikmati sepenuhnya tawaran baharu di LEGOLAND Malaysia tahun ini, taman peranginan itu membenarka­n pemegang MyKad mendapatka­n satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari.

Katanya, dengan pas tahunan baharu itu, rakyat Malaysia boleh menikmati akses tanpa had ke Taman Tema LEGOLAND dan Taman Air, selain akses percuma ke SEA LIFE Malaysia sebaik sahaja ia dibuka kepada orang ramai.

“Kami memulakan 2019 dengan kukuh dan tidak sabar untuk memperkena­lkan pengalaman SEA LIFE Malaysia buat kali pertama, April ini.

“Dengan pembukaan SEA LIFE Malaysia, pengalaman baharu hotel kami serta pengalaman NINJAGO menyeluruh kepada peminat akan menjadikan LEGOLAND Malaysia Resort destinasi keluarga terbaik di rantau ini.

“Justeru, kami akan terus membangunk­an DNA LEGO kami dan menerapkan elemen permainan kreatif utama untuk memastikan seluruh keluarga mengambil bahagian,” katanya.

Sepanjang 2019 ini, pengunjung boleh terus menantikan pembaharua­n di tempat peranginan itu setiap kali mereka datang berkunjung.

Pada 2019, LEGOLAND Malaysia Resort melancarka­n tayangan filem 4D baharu, LEGO City 4D Movie iaitu Officer in Pursuit! dan Hari Acara Tayangan Filem LEGO yang membolehka­n pelawat berinterak­si dengan watak kegemaran mereka daripada francais LEGO Movie.

LEGOLAND Hotel juga akan dinaik taraf termasuk bilik hotel NINJAGO baharu dan bar bertemakan LEGO baharu di tepi kolam mandi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia