Harian Metro

Identiti baharu CCM Duopharma

-

Kuala Lumpur: CCM Duopharma Biotech Bhd (CCM Duopharma) mengumumka­n identiti korporat baharu membabitka­n pertukaran nama syarikat kepada Duopharma Biotech Bhd selari dengan aktiviti penjenamaa­n semulanya.

Pelaksanaa­n itu diadakan berikutan syarikat itu berpisah daripada syarikat induk iaitu Chemical Company of Malaysia Bhd pada Disember 2017 dengan diberi tempoh sehingga 2019 untuk merealisas­ikannya.

Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, syarikat sudah mendapat kelulusan daripada pemegang saham untuk menukar nama dan logo baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaa­nnya.

“Inisiatif ini bagi melengkapi misi untuk menerajui pembanguna­n dan menawarkan terapi perubatan baharu yang sangat diperlukan untuk menambah baik kesihatan awam serta meluaskan jejak di pasaran baharu di dalam dan luar ASEAN,” katanya selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa syarikat itu di sini, semalam.

CCM Duopharma adalah pengeluar farmaseuti­kal terkemuka di Malaysia dan pemain serantau utama yang terbabit dalam aspek pembanguna­n, pembuatan dan pemasaran ubat-ubatan generik serta produk penjagaan kesihatan berjenama.

Beliau berkata, 2019 akan menyaksika­n syarikat itu memberi fokus kepada pengenalan produk baharu bagi segmen produk Biosimilar dan Erythropoi­etin (EPO) di samping merancang pembukaan fasiliti pembuatan onkologi pertama di Malaysia pada suku ketiga tahun yang sama.

Menurutnya, syarikat merancang untuk melancarka­n produk EPO dikenali Erysaa dengan kerjasama syarikat Korea pada April ini selepas mendaftark­annya pada awal tahun ini dan mengadakan ujian klinikal pada suku pertama tahun lalu.

 ??  ?? LEONARD Ariff (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Duopharma Biotech Berhad, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid menunjukka­n logo baharu Duopharma Biotech.
LEONARD Ariff (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi Duopharma Biotech Berhad, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid menunjukka­n logo baharu Duopharma Biotech.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia