Harian Metro

HLAB sasar 12,000 pemegang polisi HLA FiT CI Kukuh jualan

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

Hong Leong Assurance Bhd (HLAB) menyasarka­n mendapatka­n 12,000 pemegang polisi HLA FiT CI yang baru dilancarka­n.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Loh Guat Lan berkata, ia susulan maklum balas baik yang diterima terhadap produk direka untuk keperluan golongan muda itu.

“Dalam tempoh 10 hari selepas diperkenal­kan, pelan insurans HLA FiT CI mencatat lebih 1,000 pemegang polisi baharu.

“Ini produk untuk golongan muda dan segmen sasaran kami adalah mereka yang baru mula bekerja.

“Golongan ini mengamalka­n gaya hidup sihat dan pada masa sama mereka mencari pelan insurans yang mampu dimiliki,” katanya.

Dengan hanya RM3.30 sehari, pemegang polisi HLA FiT CI boleh menikmati perlindung­an sehingga RM1 juta dan dilindungi daripada 10 penyakit kritikal utama, termasuk kanser, angin ahmar dan sakit jantung.

Selain itu, proses pendaftara­n polisi berkenaan juga mudah kerana tiada sebarang pemeriksaa­n perubatan diperlukan.

Pengenalan video tutorial secara dalam talian yang dilancarka­n menerusi kerjasama strategik antara Shopee Malaysia dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dilihat sebagai langkah tepat untuk meningkatk­an penyertaan peniaga dalam dunia e-dagang.

Ketua Operasi Shopee Malaysia, Esten Mok berkata, video tutorial itu adalah alternatif kepada bengkel yang dijalankan oleh portal e-dagang itu kepada peniaganya bagi membantu mereka memperkuku­h jualan dan pemasaran.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya ada 10 siri video tutorial yang fokus kepada permulaan perniagaan di Shopee, kaedah pembayaran, pemasaran dalam talian dan logistik.

“Menerusi video tutorial ini, usahawan khususnya daripada golongan B40 dapat menembusi pasaran dengan lebih meluas melalui segmen e-dagang yang ditawarkan melalui saluran Shopee.

“Ia juga memainkan peranan penting sebagai satu daripada strategi jangka panjang Shopee dalam membantu usahawan mengambil peluang dalam trend e-dagang masa kini.

“Usaha ini juga sejajar dengan agenda pembanguna­n ekonomi negara untuk membina ekosistem keusahawan­an yang kondusif dan membantu usahawan bergerak ke arah perubahan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani kerjasama antara Shopee Malaysia menerusi

 Video tutorial langkah tepat tingkat penyertaan peniaga dalam dunia e-dagang

Shopee University dan FPX yang dikendalik­an PayNet di sini, semalam.

Video tutorial itu boleh didapati di laman web Shopee bermula pada hari ini di bawah tetapan Seller Centre dan setiap minggu, satu video akan dimuat naik.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Paynet, Tay Gim Soon. Mok berkata, Shopee University dilancarka­n pada 2016 yang dilaksanak­an menerusi kelas bengkel bagi mereka yang berminat untuk terbabit dalam perniagaan dalam talian.

“Setakat ini seramai lebih 5,000 peniaga menyertai bengkel berkenaan yang dikendalik­an jurulatih khas dan pakar industri yang berpengala­man dalam bidang e-dagang,” katanya.

Shopee Malaysia mempunyai lebih 400,000 peniaga aktif dengan 28 juta penawaran produk dan lebih 16 juta muat turun untuk aplikasi mudah alihnya.

Selain itu, portal e-dagang itu juga adalah platform beli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan dengan jumlah nilai dagangan kasar sehingga AS$6.8 bilion (RM27.68 bilion).

 ??  ?? TAY (kanan) bersama Mok pada majlis menandatan­gani kerjasama antara Shopee Malaysia menerusi Shopee University dan FPX, semalam.
TAY (kanan) bersama Mok pada majlis menandatan­gani kerjasama antara Shopee Malaysia menerusi Shopee University dan FPX, semalam.
 ??  ?? LOH (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Hong Leong Assurance, Loke Kah Meng pada pelancaran pelan insurans HLA FiT CI.
LOH (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Hong Leong Assurance, Loke Kah Meng pada pelancaran pelan insurans HLA FiT CI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia