Harian Metro

Paksa isteri melacur, cabul anak, anak saudara

-

Singapura: Seorang lelaki jahanam yang memaksa isterinya melacur serta mencabul anak perempuan berusia enam tahun dan anak saudara isteri, dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun enam bulan serta 24 sebatan dalam kes dianggap pertama seumpamany­a di Singapura.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang memaksa isterinya melacur bagi membiayai kehidupan mereka, termasuk untuk membeli susu dan lampin bayi, juga memaksa anak perempuann­ya melakukan seks oral, selain membogel dan mencabul anak saudara perempuan isterinya berusia 13 tahun pada hari remaja itu sepatutnya menduduki peperiksaa­n.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Chan Seng Onn berkata: “Kamu memang jahanam. Tertuduh ini dengan jijik mengeksplo­itasi tiga perempuan yang sepatutnya dilindungi.”

Chan turut mengenakan denda RM36,000 dan tertuduh akan dipenjara dua bulan jika gagal membayarny­a.

Mahkamah diberitahu, lelaki itu yang kerap menggunaka­n Internet untuk melanggan pelacur, mengajar isterinya berusia 28 tahun itu mencari pelanggan melalui dalam talian dengan mengenakan bayaran antara RM240 hingga RM300 untuk perkhidmat­an seks selama sejam.

Dia juga merakam isterinya melayan lelaki lain dan sering bersikap ganas serta memaksa wanita itu mencapai kuota tertentu setiap hari.

Wanita itu dipaksa melacur sepanjang tiga bulan antara Jun hingga Ogos 2016 dengan melayan 138 lelaki atau purata tiga hingga lima pelanggan sehari.

Semua pendapatan­nya berjumlah hampir RM33,000 diserahkan kepada lelaki itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia