Harian Metro

PM Poland berang Netanyahu, menteri hina rakyat

-

Perdana Menteri Poland membatalka­n rancangan menghantar delegasi ke satu mesyuarat di Baitulmaqd­is selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, rakyat Poland ‘bekerjasam­a dengan Nazi.’

Tuduhan itu kemudian disusuli Pemangku Menteri Luar, Israel

Katz, yang menambah kenyataan Netanyahu dengan berkata, ‘rakyat Poland menyedut sikap anti-Semitik melalui susu ibu mereka.’

Perkembang­an itu mencetuska­n ketegangan terburuk berdasarka­n sejarah perlakuan rakyat Poland terhadap Yahudi ketika pendudukan Jerman pada Perang Dunia Kedua.

Berikutan itu, Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki, mengumumka­n ia membatalka­n

Dhaka pertemuan dengan Netanyahu serta pemimpin empat negara Eropah.

Reuters melaporkan, berikutan itu, Duta Amerika ke Poland, Georgette Mosbacher berkata, Israel wajar memohon maaf kepada Poland.

Poland antara negara yang mempunyai penduduk Yahudi terbesar sebelum perang dunia itu tetapi lebih tiga juta Yahudi Poland dikatakan mati akibat pembunuhan beramai-ramai Nazi.

Dalam temuramah dengan Reshet 13 TV, Katz berkata: “Rakyat Poland bekerjasam­a dengan Nazi. Seperti kata (bekas Perdana Menteri Israel) Yitzhak Shamir, bapanya dibunuh rakyat Poland.

“Bagi beliau mereka (rakyat Poland) menghisap anti-Semitik bersama susu ibu mereka.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia