Harian Metro

‘Rezeki saya diganding dengan Zara’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Berganding­an buat kali pertama dalam drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Calon Menantu Tuan Rumah, Hafidz Roshdi, 24, dan Zara Zya, 33, tidak menunggu lama untuk mencari keserasian.

Walaupun jarak usia berbeza sembilan tahun, mereka mudah menyesuaik­an diri mengikut watak yang dibawakan dalam drama bersiri 28 episod ini.

Bakal bersiaran pada Mei depan di RTM menerusi TV Okey, Hafidz teruja apabila diberi peluang berlakon di samping pelakon wanita berbakat besar itu.

“Saya sangat gembira dan teringin berkerja dengan Zara. Dia seorang pelakon yang cukup berpengala­man dalam bidang ini. Sebelum ini, rezeki banyak berlakon dengan pelakon yang seangkatan tapi kali ini saya berpeluang bekerja dengan pelakon senior.

“Ini satu tanggungja­wab yang besar kerana Zara seorang yang serius terhadap setiap watak yang dibawakan. Walaupun watak yang dibawakan ini agak ringan, dia akan menghidupk­an watak itu hingga membawa kesan kepada jiwa penonton,” katanya yang banyak menimba ilmu lakonan dengan pelakon itu.

Memegang watak Adam dalam drama ini, Hafidz mengakui watak dibawa tidak memerlukan penghayata­n yang mendalam sebaliknya perlu lebih bersahaja.

“Adam seorang anak yang mendengar kata dan anak emak. Ibunya, Kak Pah seorang janda yang menyewakan beberapa bilik di kediamanny­a kepada wanita.

Hafidz berjaya bawa watak komedi

dengan baik dalam drama Calon Menantu Tuan

Rumah

 ??  ?? PELAKON berbincang sebelum memulakan penggambar­an.
PELAKON berbincang sebelum memulakan penggambar­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia