Harian Metro

B.A.P tinggal kenangan

-

kontrak anggotanya tamat dengan TS Entertainm­ent.

Agensi itu nekad melepaskan kumpulan terbabit dan usaha untuk mempertaha­nkan karier mereka berakhir dengan penamatan kontrak empat anggota kumpulan terbabit.

Menurut kenyataan agensi terbabit, tiada sebarang perbincang­an dibuat untuk menyambung semula kontrak B.A.P.

“Kami ingin memaklumka­n kontrak eksklusif empat anggota B.A.P iaitu Himchan, Daehyun, Youngjae dan Jongup sudah tamat.

“Selepas tarikh akhir kontrak mereka dengan TS Entertainm­ent, kami sepakat tidak memperbaha­rui kontrak itu. Mereka akan bergerak mengikut hala tuju masing-masing selepas ini.

“Kami mengucapka­n jutaan terima kasih kepada peminat baik dari Korea Selatan atau luar negara yang tidak henti-henti menyokong selama ini. Kami meminta sokongan anda tetap berterusan untuk mereka selepas ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, anggotanya, Bang Yongguk mengumumka­n keluar daripada kumpulan terbabit pada Ogos tahun lalu.

Kemudian disusuli penamatan kontrak anggotanya Zelo dan meninggalk­an empat lagi anggota.

Bagaimanap­un, selepas itu kontrak anggota yang tinggal diumumkan akan berakhir tidak lama lagi.

Beberapa laporan mengatakan kumpulan itu akan dibubarkan sepenuhnya selepas anggotanya, Youngjae menandatan­gani kontrak dengan agensi lain.

Tiga yang lain pula belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana agensi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia