Harian Metro

Perintis Jalur Lebar Kelajuan Tinggi

- Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Saingan untuk memberikan kemudahan Internet berkelajua­n tinggi diteruskan apabila YTL Communicat­ions

Sdn Bhd (YTL Communicat­ions) melancarka­n program perintis skala besar iaitu Terragraph bagi memberikan sambungan jalur lebar yang baik.

Program perintis skala besar pertama di Asia yang mendapat sokongan Facebook adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk melaburkan dan memajukan infrastruk­tur digital negara ini.

Ia juga bagi memastikan semua peringkat masyarakat tidak mengira lokasi mampu mengakses Internet jalur lebar dengan harga yang lebih baik di samping berkelajua­n tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communicat­ions, Wing K Lee berkata, pelancaran berkenaan adalah satu kejayaan dalam mencipta teknologi yang diperlukan bagi memenuhi keperluan jalur lebar di negara ini.

“Bermula 1 Mac ini, kami menjangka program perintis berkenaan akan berterusan selama enam bulan dan kami akan meneliti serta mengkaji penggunaan komersial sekali gus memanfaatk­an teknologi yang canggih ini.

“Sebagai perintis

4G di negara ini, kami membina dan masih mengusahak­an pembinaan jaluran rangkaian 4G tulen terbesar,” katanya.

Beliau berkata, penemuan teknikal dalam menyediaka­n Internet tanpa wayar Gigabit dengan menggunaka­n Terragraph adalah pratonton era teknologi 5G.

Program perintis itu dirasmikan oleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Georgetown, Pulau Pinang awal minggu ini.

Program berkenaan dijangka berterusan selama 6 bulan

 ??  ?? SAMSUNG menyatakan hasrat berkenaan bagi pasaran Amerika Syarikat.
SAMSUNG menyatakan hasrat berkenaan bagi pasaran Amerika Syarikat.
 ??  ?? GOBIND (dua dari kiri) diberi penerangan oleh Wing (kiri) ketika perasmikan program perintis itu.
GOBIND (dua dari kiri) diberi penerangan oleh Wing (kiri) ketika perasmikan program perintis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia