Harian Metro

BENDUNG BULI DARI RUMAH

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Didik anak jauhi kekerasan dan lebih rasional dalam tindakan

Lewat minggu lalu kecoh dengan kes buli yang viral di media sosial. Lapan individu termasuk empat murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah, Besut, Terengganu dipanggil untuk memberi keterangan.

Jika dibelek video kejadian buli yang dimuat naik di laman Facebook mahupun YouTube, tentu ramai yang merah telinga dan panas hati kerana geram. Kes buli bukan cerita baru. Ia sentiasa berlaku tidak mengira masa, tempat mahupun suasana.

Bukan tiada usaha untuk mencegah buli daripada terus menjadi wabak. Namun masyarakat sendiri gagal menunjukka­n komitmen dan kesungguha­n menghentik­an gejala buli, bahkan segelintir daripadany­a tidak segan untuk turut serta membuli yang lebih lemah.

Menurut Perunding Motivasi Keluarga Zaid Mohamad, buli berlaku apabila seseorang cuba melakukan sesuatu dengan niat untuk membahayak­an atau menakut-nakutkan orang yang lain yang dianggap lemah.

“Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengklasif­ikasikan buli sebagai tingkah laku agresif yang berulang, bertujuan menyakiti individu lain dari segi fizikal, mental atau emosi.

“Sebenarnya, ada banyak situasi yang boleh disebut sebagai buli dalam kalangan murid dan pelajar sekolah. Mereka ini berniat mencederak­an secara fizikal mahupun emosi. Ada juga yang menggunaka­n kuasa, kekuatan fizikal dan emosi. Hal ini lazimnya berulang dalam tempoh tertentu,” katanya.

Bagaimanap­un, persoalan paling kerap timbul setiap kali wujud kes buli adalah mengapa. Mengapa buli mudah berlaku dalam kalangan kanakkanak? Mengapa murid? Mengapa pelajar sekolah?

Kata Zaid, tidak kira apa-pun jawapannya, yang pertama tetap berkait dengan didikan ibu bapa. Dalam kebanyakan kes, kejadian buli jelas menunjukka­n ibu bapa gagal mendidik anakanak mereka menghormat­i insan lain.

Sudah menjadi fitrah anak-anak, mereka sentiasa perlu diajar dan dididik dengan ilmu, adab, mengenal rasa hormat, dilengkapk­an dengan nilai sabar, rasional dan rasa tanggungja­wab.

Namun katanya, terdapat banyak lagi faktor yang mendekatka­n budaya buli dalam kalangan anakanak dan remaja. Misalnya, pembelajar­an dari sekeliling, niat membalas dendam kerana pernah menjadi mangsa buli atau penderaan, ingin menunjukka­n kuasa dan mengawal orang lain, benci kepada individu tertentu dan hilang rasa kasihan atau ihsan sesama insan, akibat kurangnya ajaran agama serta moral.

Secara ringkasnya,

Zaid menggarisk­an lima peranan ibu bapa untuk mengekang kejadian buli, sekali gus mendidik anakanak menjauhi kekerasan dan lebih rasional dalam tindakan.

1. Pastikan anak kita tidak menjadi pembuli

a. Pupuk nilai murni dan didik anak supaya menghormat­i serta prihatin kepada orang lain.

b. Pastikan mereka boleh bergaul secara positif.

c. Tangani perasaan marah dan kecewa secara positif.

d. Tegas dalam menjaga hak diri tanpa menjadi agresif.

 ??  ??
 ??  ?? GALAKKAN anak bercerita mengenai perkara yang berlaku
di sekolah.
GALAKKAN anak bercerita mengenai perkara yang berlaku di sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia