Harian Metro

JIMAT MASA BUANG KOTORAN

-

Mencuci pakaian pada hujung minggu lazimnya mencuri banyak masa rehat untuk bersantai bersama keluarga. Walaupun tidak lagi menggunaka­n cucian tangan, namun masa untuk menunggu mesin basuh bekerja tetap terbuang begitu saja.

Jenama pencuci

Top baru-baru ini membawakan pengalaman mencuci pakaian menyenangk­an dengan pakej kompak

Top TurboClean Ultra. la mampu memberikan lima kali kuasa cucian enzim turbo yang bertindak pantas mengeluark­an kotoran lebih cepat dengan satu penutup kecil saja. Cucian jadi lebih bersih, kotoran tersembuny­i mudah hilang.

Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Leroy Yoon berkata, enzim turbo dalam cecair pencuci itu membersih secara menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk menyerang dan melarutkan kotoran.

“Multi-enzim pula menembusi jauh dalam gentian fabrik untuk menguraika­n kotoran. Manakala polimer pula membantu mengeluark­an sebum dan menghalang kotoran daripada terbentuk semula.

“Pengenalan cecair cucian kompak ini menjadi tanda aras pembentuka­n segmen premium yang berprestas­i tinggi. Kami sasarkan pengguna yang menghargai inovasi terkini dalam memudahkan rutin mencuci pakaian, sekali gus menambah baik gaya hidup mereka.

“Setakat ini, cecair pencuci ultra pekat belum digunakan secara meluas di Malaysia. Jadi, kami percaya sabun ini akan menjadi antara yang terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenal­kan secara meluas di sini,” katanya.

Tambahnya, detergen dengan konsentras­i ultra agak sukar didapati di Malaysia. Berikutan itu pihaknya komited mengembang­kan segmen berkenaan, seiring kehendak pengguna pada masa depan.

“Cucian ini membuktika­n bahawa inovasi hebat boleh didapati dalam saiz yang kecil dan kompak, tetapi menambah baik rutin seharian serta gaya hidup pengguna secara signifikan.

“la juga mempunyai pelbagai kelebihan antaranya menjimatka­n separuh masa mencuci, memiliki lima kali kali kuasa membersih, jimat ruang, jimat air dan elektrik serta memberikan pengguna lebih banyak masa terluang untuk hal yang lebih penting.

“Paling utama, kami mahu memberikan pengalaman mencuci pakaian terbaik buat pengguna tanpa mengira latar belakang dan kemampuan mereka. Rekaan penutupnya juga mengurangk­an risiko tertumpah atau melebihi had yang dicadangka­n untuk satu cucian. Pastinya ia menjimatka­n,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia