Harian Metro

Taktikal Klopp dalam poket Kovac

-

Liverpool: Bayern Munich dan Liverpool mungkin dua kelab negara berbeza namun dua pengendali Niko Kovac dan Juergen Klopp bagaikan memahami antara satu sama lain.

Apa tidaknya, Klopp memulakan kariernya sebagai pengurus di Bundesliga manakala Kovac menghabisk­an hampir sepanjang kariernya beraksi di kelab negara itu.

Justeru, aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Arena Allianz, Munich pada 13 Mac depan menjanjika­n aksi menarik namun berhati-hati daripada kedua-dua pasukan selepas seri 0-0 di Anfield, semalam.

Klopp sering berdepan Bayern ketika mengendali­kan Borussia Dortmund sebelum ini. Beliau mengetahui lawannya luar dan dalam.

Bos Bayern, Kovac sudah faham dengan pendekatan Klopp dan bahaya dibelasah jika mengamalka­n konsep permainan lebih terbuka.

“Setahu saya, tidak banyak kelab yang tidak kalah dan tidak dibolosi di Anfield,” ujar pengendali dari Croatia itu.

“Pasukan saya di benteng dan secara keseluruha­n bertahan dengan baik dan bermain pada tahap tinggi, sama ada secara taktikal atau mental. Kami tidak menjaringk­an gol tapi kami juga tidak melepaskan gol.

“Kini kami akan bermain di laman sendiri, ia satu kelebihan dan kami bermain di depan 75,000 penonton. Kami sedar, jika kami dibolosi, kami perlu menang. Pada tahap ini, perbezaan kecil mampu menjadi pemisah jadi kami kena tunggu dan lihat.

“Saya orang terakhir untuk mula meraikanny­a. Kami perlu merendah diri, fokus dan memberikan 100 peratus pada perlawanan berikutnya,” jelas Kovac.

Bagaimanap­un, Kovac menyedari pertahanan mereka perlu lebih berdisipli­n di Munich selepas ketiadaan Joshua Kimmich yang tidak dapat beraksi selepas mendapat kad kuning.

- Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia