90 MINIT LAGI...
Klopp positif pemain Reds tak gentar aksi di Arena Allianz
Liverpool
erlawanan ini belum berakhir lagi. Kami perlu mencipta asas malam ini (semalam) yang boleh digunakan bagi aksi kedua,” menurut pengurus Liverpool Juergen Klopp sambil menegaskan pasukannya masih berpeluang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara sekalipun seri tanpa jaringan dengan Bayern Munich, semalam.
Anak buah Klopp dikecewakan dengan persembahan berdisiplin Bayern pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir di Anfield.
Reds yang biasa menjaringkan banyak gol kini berdepan tugas getir bagi aksi kedua di Arena Allianz pada 13 Mac depan.
Juara Bundesliga, Bayern hanya kalah dua kali daripada 26 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di laman sendiri, menang 22 daripadanya.
Namun bos
Liverpool,
Klopp yakin pasukannya tidak perlu
gentar di Jerman.
“Apa yang positif sudah tentu keputusan ini ok, keputusan seri terbaik yang boleh kami raih. Ya, kami boleh bermain lebih baik, kami patut beraksi lebih bagus,” ujar Klopp.
“Ia satu perlawanan besar. Kami mempunyai peluang yang lebih bagus. Ia bukannya keputusan yang saya impikan tapi ia tetap bagus. Kami boleh menanganinya.”
Tetapi Klopp mengakui pertahanan penuh disiplin Bayern tidak membenarkan Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane menembusi gawang mereka.
“Bayern secara fizikal sangat kuat dan sukar menembusi benteng mereka,” katanya.
“Hantaran terakhir pemain kami tidak menjadi hampir 10 atau 12 kali. Kami sepatutnya beraksi dengan lebih baik.”
Skuad Klopp tewas semua lima perlawanan di tempat lawan dalam aksi
Liga
Juara-Juara termasuk final musim lalu.
Kehadiran semula Virgil Van Dijk mampu mencerahkan peluang mereka tetapi kelemahan perlu diatasi di Munich dalam masa tiga minggu lagi jika mahu mara ke saingan lapan terakhir.