Harian Metro

Pencen buat Nicol

-

 Elaun bulanan sepanjang hayat wajar diberikan hasil pencapaian setanding Olimpik

Untuk rekod, pencen hanya diberikan kepada atlet negara yang meraih podium di Olimpik atau Paralimpik di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO).

Pemenang emas di Olimpik akan mendapat elaun bulanan berjumlah RM5,000, perak RM3,000, manakala gangsa RM2,000 yang diterima sepanjang hayat.

Antara penerimany­a adalah Datuk Lee Chong Wei (perak Olimpik Rio), Azizulhasn­i Awang (gangsa Olimpik

Rio), selain tiga atlet paralimpik negara yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio iaitu Mohd Ridzuan Puzi, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly.

“Sayangnya skuasy masih belum tersenarai di Olimpik, jika sebaliknya sudah pasti emas berjaya diraih. Namun, dia wajar dipertimba­ngkan untuk dilayan seperti pemenang medal Olimpik.

“Malah bukan saja kepada skuasy, namun sukan lain yang mempunyai juara dunia turut wajar diberikan layanan sama,” tambahnya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengarahka­n MSN mewujudkan satu insentif istimewa bagi memastikan perancanga­n atlet berusia 35 tahun itu yang bakal bersara dapat dijayakan. Nicol yang bakal bersara pada Jun ini, turut meraih 81 kejuaraan Jelajah PSA, selain lima emas Sukan Asia dan dua emas Sukan Komanwel.

Pada masa sama, Nik Razeen menjelaska­n pihaknya sedia mendengar perancanga­n Nicol dan memberikan sokongan penuh kepadanya nanti.

“Saya memang sudah menjangkak­an Maybank akan mempamer aksi bersungguh-sungguh dan lebih banyak bertahan. Mereka berjaya melakukann­ya pada suku pertama. Saya juga agak kecewa kerana pemain tidak dapat menyempurn­akan banyak peluang menerusi pukulan sudut penalti.

“Apapun kami tetap akan kekal fokus untuk perlawanan seterusnya bertemu TNB Thunderbol­ts,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

UniKL dikejutkan dengan gol pertama pelawat menerusi jaringan padang Mohamad Zulhamizan Awang Abas seawal minit keempat.

Bagaimanap­un, juara bertahan Piala TNB itu berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Rafizul Ezry Mustafa pada minit ke-26.

Dua minit kemudian, tonggak import, Valentin Verga menambah gol kedua, juga menerusi jaringan padang.

 ?? FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN ?? PASUKAN UniKL menjuarai Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia di Stadium Tengku Abdullah, Bangi.
FOTO: MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN PASUKAN UniKL menjuarai Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia di Stadium Tengku Abdullah, Bangi.
 ??  ?? NICOL
NICOL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia