Harian Metro

Belum ada kata putus isu pengiring keselamata­n

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Masih belum kata putus mengenai pasukan keselamata­n dan pengiring walaupun Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sudah bertemu dengan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Human Voyage (M) Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan sebaliknya mahu mengadakan perbincang­an lanjut dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas wujud keresahan yang disuarakan penganjur Tour de Iskandar Johor (TDIJ) 2019, semalam.

Penganjur TDIJ mendakwa, pihak keselamata­n akan berdepan kekangan masa dan logistik, sekali gus mengganggu kelancaran perlumbaan yang dijadualka­n berlangsun­g dari 17 hingga 21 April sekiranya perlumbaan LTdL berakhir di Pulau Langkawi.

“Saya sudah mengadakan perbincang­an, namun Human Voyage mahu mengadakan pertemuan dengan PDRM terlebih dulu. Jadi ketika ini mereka masih kekal mahu menamatkan perlumbaan di Langkawi,” kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab

(gambar).

Tambah beliau, pasukan keselamata­n LTdL membabitka­n lebih 100 anggota dan terdapat cadangan memecahkan pasukan keselamata­n kepada dua, namun ia akan dibincangk­an secara terperinci Bangi: Penantian sembilan tahun Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana, TNB Liga Hoki Malaysia (LHM) akhirnya menjadi kenyataan selepas menewaskan Maybank 2-1 di Stadium Tengku Abdullah, semalam.

Dengan kemenangan itu, UniKL kini mengumpul 31 mata berbanding TNB di tangga kedua dengan 27 mata ketika kedua-dua pasukan masih berbaki satu perlawanan.

Menyertai Liga Perdana sejak 2011, UniKL belum pernah mengecapi kejuaraan liga dengan pencapaian terbaik muncul juara Piala TNB musim lalu.

Ketua jurulatih UniKL, Arul Selvaraj mengaku lega kerana penantian selama ini akhirnya membuahkan hasil, namun beliau sedikit kecewa dengan prestasi barisan pemainnya. dalam masa terdekat.

Bagaimanap­un, kerisauan mengenai pertindiha­n perlumbaan dengan RHB Langkawi Ride 2019 yang berlangsun­g pada 13 April sudah menemui jalan penyelesai­an.

“Saya dimaklumka­n perlumbaan RHB Langkawi Ride 2019 akan berakhir pada 12 tengah hari manakala peringkat terakhir LTdL akan bermula pada 1 tengah hari. Jadi mereka tidak melihatnya sebagai masalah,” kata Abu Samah.

Sementara itu, tarikh perlumbaan LTdL di laman web Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) sudah diubah dari 24 hingga 31 Mac ke 6 hingga 13 April.

“Malam tadi saya mendapat surat kelulusan dari UCI, tiada sebarang amaran diberikan namun dikenakan denda berjumlah €320 (RM1,060),” katanya.

“Layan Datuk Nicol (David) seperti pemenang Olimpik.” Itu pandangan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Nik Razeen Daud yang melihat elaun bulanan sepanjang hayat wajar dipertimba­ngkan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada ikon negara itu.

Walaupun skuasy tidak dipertandi­ngkan di Olimpik, beliau melihat pemberian elaun bulanan kepada Nicol seperti pemenang pingat Olimpik adalah salah satu cara menghargai penat lelahnya.

“Selama 20 tahun dia berusaha menaikkan nama negara. Lapan kali bergelar juara dunia, sembilan tahun berada di kedudukan nombor satu dunia.

“Mana pernah atlet Malaysia lain meraih pencapaian sepertinya. Atlet seperti Nicol seharusnya dibantu dari segenap aspek. Pencen adalah salah satu perkara yang wajar dipertimba­ngkan,” menurut Nik Razeen.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia