Harian Metro

Kecik pacu serangan Pahang

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pemain tengah Pahang, Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria atau Kecik tiada masalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an Nor Azam Azih pada aksi Liga Super bertemu Selangor, Ahad ini.

Pemain kelahiran Tumpat, Kelantan itu berkata, ketiadaan Nor Azam dalam skuad Tok Gajah begitu dirasai kerana menjadi nadi pasukan pada tiga perlawanan lalu tetapi prestasi pasukan perlu dikekalkan.

“Oleh itu, ketiadaan Nor Azam diharap tidak menjejaska­n perancanga­n pasukan untuk mengutip tiga mata di laman sendiri apabila berdepan Selangor nanti.

“Sebagai pemain di posisi tengah, saya sentiasa bersedia seperti yang dilakukan pada pertemuan dengan Kuala Lumpur dan Terengganu FC (TFC) lalu apabila beraksi sebagai pemain gantian dengan memberikan komitmen tinggi.

“Walaupun tidak beraksi ketika kami seri 1-1 dengan Melaka, Sabtu lalu, saya akan mempamer prestasi terbaik untuk membantu Pahang mencatat kemenangan ke atas Red Giants, Ahad ini,” kata pemain berumur 28 tahun itu.

Pada perlawanan menentang Melaka, Nor Azam dilayangka­n kad merah selepas menerima dua kad kuning.

Difahamkan, ketiadaan perancang tengah itu memberi kesan terhadap prestasi pasukan kerana Nor Azam menjadi pilihan utama jurulatih, Dollah Salleh dalam tiga perlawanan lalu ketika menang 3-1 ke atas Kuala Lumpur dan TFC (3-0) sebelum seri 1-1 dengan Melaka.

Namun, skuad Tok Gajah masih memiliki pemain tengah mantap selain Wan Zaharulniz­am iaitu Zuhair Aizat Nazri dan Faisal Halim untuk berganding­an dengan Mohamadou Sumareh, Safuwan Baharudin dan Saddil Ramdani.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia