Harian Metro

Syed Saddiq pantau rapat proses baik pulih AMD

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

membuktika­n beliau tidak ‘cakap kosong’ dalam memastikan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dapat berada pada tahap terbaik.

Menerusi entri di Instagram miliknya semalam, beliau memaklumka­n 852 daripada 873 kerosakan (defects)

(gambar)

sudah dibaiki.

“Pemain serta ibu bapa gembira. Lebih banyak yang perlu dilakukan. Saya mahu pastikan AMD mampu melahirkan lebih ramai Mokhtar Dahari pada masa depan,” menurutnya yang melakukan lawatan mengejut ke AMD di Gambang, semalam.

Jelasnya, beliau sudah berjanji dengan pemain dan ibu bapa untuk menyelesai­kan permasalah­an yang timbul secepat mungkin.

Menurut Syed Saddiq, beliau memulakan lawatan ke AMD pada Oktober tahun lalu selepas menerima banyak aduan ibu bapa berkenaan masalah kerosakan dan kebajikan.

“Dalam lawatan mengejut ini, kami dapati terdapat lebih 700 kerosakan walaupun ia dibina dengan kos RM80 juta dan baru disiapkan pada April,” katanya.

Sementara itu, Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertindak sebagai pengguna di AMD gembira dengan perkembang­an terbaru diumumkan Syed Saddiq.

“Kita sebagai pengguna di sana berpuas hati dengan kerja yang sudah dijalankan. Ia sudah digunakan secara maksimum.

“Kita mendapat maklum balas yang positif dari atlet. Tiada lagi rungutan padang tidak boleh digunakan dan sebagainya. Semuanya sudah boleh digunakan seperti asrama, dewan riadah, surau, bilik fisiologi, bilik kuliah, kolam renang dan sebagainya,” kata Pengarah Bahagian Atlet, Jefri Ngadirin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia