Harian Metro

Tak setimpal penat lelah

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Ashari kecewa nilai Kasut Emas tak seberapa

Selepas bekas penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin Yusof mendedahka­n Kasut Emas yang diterimany­a tidak berkualiti atau ‘cap ayam’ sebagaiman­a yang siarkan dalam akhbar Harian Metro semalam, seorang lagi bekas penerima anugerah sama tampil mengiyakan.

Walaupun pada awalnya enggan meluahkan kekecewaan­nya kerana mahu menjaga nama baik pihak yang memberikan anugerah berkenaan, Mohamad Ashari Samsudin, 34, akhirnya bersetuju untuk berkongsi rasa.

Bagi Ashari atau lebih dikenali sebagai ‘Saha’, dia merasakan pengorbana­n serta penat lelah pemenang anugerah berkenaan bagaikan tidak dihargai dengan sewajarnya biar pun mereka sentiasa berdepan risiko kecederaan.

Bagi Ashari yang menerima anugerah Kasut Emas buat kali pertama dalam kariernya selepas muncul penjaring terbanyak Liga Super pada 2010 dengan meledak 18 gol ketika menyarung jersi Terengganu, dianggap tidak setimpal kerana hadiah yang diterimany­a itu tidak berkualiti.

“Sebelum menerimany­a, saya gembira kerana bukan mudah untuk bergelar penjaring terbanyak. Saya terbayang hadiah itu nanti pasti berkualiti atau sekurang-kurang ada sedikit saduran emas, apatah lagi nama pun anugerah Kasut Emas yang boleh dijadikan kenangan kepada saya dan keluarga.

“Namun, selepas menerima dan menelitiny­a, saya terkilan kerana ia tidak berkualiti dan tidak bernilai sebagaiman­a nama anugerah itu yang gah.

“Malah, kasut sebelah kanan yang diterima itu juga terlalu besar dan warna keemasan kasut itu kini semakin lokoh (pudar) hanya selepas sembilan tahun kerana ia hanya disembur dengan cat bersaya, warna emas.

“Terdetik di hati nilai kasut itu tidak seberapa, ibaratnya kita beli kasut dan kemudian disembur dengan warna emas sebelum diberipeka­n kepada menang, bagi saya ia tidak berbaloi,” kata Ashari yang pernah membantu negara menjusepak lang Piala AFF pada 2010.

Berdasarka­n rekod, pemain berasal dari Bukit Payong, Marang itu merekod 84 gol sepanjang 251 penampilan­nya dalam Liga- M selain tiga gol ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Mengulas lanjut, pemain itu berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat memikirkan semula nilai dan kualiti Kasut Emas yang bakal diberikan kepada pemenang.

Katanya, dia juga berbesar hati dan bersyukur jika badan induk bola sepak negara itu dapat menukarkan semula kasut yang diterimany­a itu dengan kasut yang lebih berkualiti setanding dengan pen- capaian seseorang pemain.

“Setiap pemain terutama penyerang sudah pasti mengidam untuk memenangi anugerah itu apatah lagi untuk dijadikan kenangan. Justeru, FAM harus fikirkan semula dan saya harap ia tidak berlaku lagi kepada pemain lain,” katanya. penyerang pasukan T-Team, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal mengenai anugerah Kasut Emas di Liga Perdana yang dimenangin­ya pada 2009. Menurutnya, dia berharap pihak terbabit khususnya Persatuan BolaMalays­ia (FAM) dapat memperhalu­si perkara itu.

“Sebagai pemain, kami bukan minta leharap bih, tapi susah payah kami bersaing dalam bola sepak dihargai. Selain kejayaan pasukan, anugerah ini adalah pengiktiat­as rafan kejaindivi­du yaan pe“Saya main. perhatikan majlis anugerah cukup hebat, tiba-tiba dapat kasut biasa yang dicat warna emas. Jadi, kita sebagai pemain memang kecewa,” katanya lagi.

Arena Metro semalam

 ?? Haris Safwan Mohd Kamal ?? Nak dapat bukan senang. Terpaksa bersaing dengan penyerang tempatan dan import. Saya dapat kasut emas itu bersama-sama dengan Nizaruddin”
Haris Safwan Mohd Kamal Nak dapat bukan senang. Terpaksa bersaing dengan penyerang tempatan dan import. Saya dapat kasut emas itu bersama-sama dengan Nizaruddin”
 ??  ?? KASUT Emas milik Ashari yang sudah pudar warnanya kerana material digunakan tidak berkualiti.
KASUT Emas milik Ashari yang sudah pudar warnanya kerana material digunakan tidak berkualiti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia