Harian Metro

FAM perlu buat kajian semula

-

Kuala Lumpur: “Kami berjuang sepanjang musim... bila ada peluang, begini pula jadinya. Macam tiada apa-apa. Tapi, nak cakap macam mana lagi, reda sajalah,” kata bekas pemain kebangsaan dan melaporkan, bekas penyerang skuad kebangsaan, Mohd Nizaruddin Yusof, 40, terkilan apabila Kasut Emas yang diterimany­a selepas muncul penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) pada 2009 kini sudah rosak, sekali gus menggambar­kan kualitinya rendah berbanding peringkat antarabang­sa.

Masakan tidak, Kasut Emas itu yang disangka kebanyakan orang sebagai kasut tulen bersadur emas, hanyalah but bola biasa yang disembur cat berwarna emas dan kemudianny­a dihias di dalam kotak plastik lutsinar.

Haris berkata, Kasut Emas miliknya yang dimenangi selepas meledak 24 gol Liga Perdana ketika mewakili T-Team, disimpan di rumah keluargany­a.

Katanya, isu itu bukan perkara remeh kerana ia boleh menjadi pendorong kepada pemain untuk bersaing secara sihat menjadi yang terbaik.

“Nak dapat bukan senang. Terpaksa bersaing dengan penyerang tempatan dan import. Saya dapat kasut emas itu bersama-sama dengan Nizaruddin. Saya punya belah kiri, mungkin penganjur beli sepasang kasut bola jenama Nike untuk kami kongsi,” katanya yang pernah menggempar­kan bola sepak negara apabila menjadi pemain pertama diterbangk­an menaiki helikopter untuk perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Utama, Perlis ketika mewakili MPPJ FC.

Dalam perkembang­an lain, Haris berkata, beliau kini menjadi jurulatih pasukan Liga M3, Banggol Tokku FC yang juga Juara Liga Amatur Terengganu 2018 dan sedang bersaing dalam kelayakan Piala FA 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia