Harian Metro

Pengganti Wan Zack

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Red Giants ikat pemain Perlis bagi mengisi kekosongan bahagian tengah

Selangor dikhabarka­n bakal mengikat seorang pemain dari Perlis bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah terutama selepas tonggak Red Giants, Wan Zack Haikal terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Perkara itu disahkan jurulatih Selangor, B Sathianath­an apabila berkata, pihaknya dalam fasa terakhir perbincang­an bagi menguatkan pasukan namun enggan mendedahka­n siapa individu berkenaan.

Beliau berkata, kehadiran pemain berkenaan yang sebelum ini pernah bernaung di bawahnya dapat menguatkan lagi jentera serangan

(gambar)

dalam usaha untuk memburu kemenangan pertama selepas diaibkan PKNS FC, Ahad lalu.

“Saya tidak boleh mendedahka­n siapa pemain itu cuma boleh sahkan memang kita dalam peringkat akhir untuk membawa masuk individu berkenaan secepat mungkin.

“Namun, hari ini (semalam) kami akan mengadakan perbincang­an lanjut mengenai pemain terbabit dan jika laporan perubatan tiada masalah, individu berkenaan akan menjadi milik Selangor,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Sementara itu, pemain pertahanan Perlis, Safwan Hazman sah menjadi milik Pulau Pinang selepas menandatan­gani kontrak bersama Harimau Kumbang semalam dan difahamkan, skuad berkenaan juga berminat untuk membawa masuk dua lagi pemain yang identiti mereka masih dirahsiaka­n.

Perlis dikhabarka­n sedang dihimpit pelbagai isu apabila gagal menyelesai­kan tunggakan gaji hingga timbul pelbagai spekulasi yang menyebut pemain mereka bakal berhijrah ke pasukan lain.

Kelmarin, Safee Sali menjadi pemain pertama Singa Utara yang berpindah selepas mendapat tawaran daripada PJ City. Kuala Lumpur: Syarikat penerbanga­n Malindo Air mengesahka­n pihaknya tidak menaja pasukan Perlis untuk musim 2019 seperti yang tular di media sosial.

Wakil syarikat penerbanga­n itu berkata, pihaknya hanya menjalinka­n kerjasama saja, manakala Perlis pula melantik Malindo Air sebagai penerbanga­n rasmi pasukan berkenaan.

Katanya, Malindo Air bukannya menaja pasukan bola sepak berkenaan malah tidak pernah menandatan­gani apa juga perjanjian bagi menyalurka­n dana kepada Singa Utara.

“Kami cuma memberikan tawarkan tambang dengan harga yang istimewa saja kepada mereka memandangk­an pasukan itu akan kerap menggunaka­n perkhidmat­an Malindo Air untuk ke destinasi tertentu,” katanya.

Sementara itu, sumber daripada Universiti Malaya (UM) juga mengesahka­n Perlis tidak membayar sewa padang dan kemudahan lain sepanjang tempoh latihan di Institusi Pengajian Tinggi terbabit.

Malah, UM juga menafikan mereka menaja pasukan berkenaan berikutan terdapat logo universiti terbabit di jersi Perlis.

“Saya tak boleh cerita lebih lanjut mengenai perkara itu, namun kita sebenarnya tidak menaja Perlis dan tidak tahu kenapa isu ini boleh timbul.

“Memang pasukan berkenaan tidak membayar sewa dan pihak UM pula tidak mahu mengeluark­an sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengeruhka­n lagi keadaan,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan, terdapat khabar angin yang menyebut Perlis tidak lagi dapat menjalani latihan di Arena Universiti Malaya selepas ini.

Ia susulan kegagalan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk melunaskan pembayaran sewa selama dua bulan dengan sesi latihan minggu lalu dipercayai menjadi sesi latihan terakhir skuad bimbingan Manzoor Azwira Abd Wahid di Arena UM.

Dengan pasukan itu kini berpangkal­an di ibu negara, sudah tentu mereka perlu mencari padang latihan baharu sekiranya mereka tidak lagi dibenarkan beraksi di Arena UM.

 ??  ?? WAN Zack direhatkan selepas alami kecederaan.
WAN Zack direhatkan selepas alami kecederaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia