Harian Metro

KAFA enggan terburu-buru

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) enggan terburu-buru dalam membuat keputusan mendapatka­n kembali khidmat bekas pemain tengah, Mohd Badhri Radzi.

Presiden KAFA, Ramjani Ilias Khan berkata, beliau menasihati mana-mana pihak yang berminat mendapatka­n khidmat pemain itu supaya berurusan dengan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) terlebih dulu.

“Kita kena hormati kontrak Piya (Badhri) dengan majikannya dan kita jangan mengambil kesempatan ke atas persatuan bola sepak negeri yang sedang mengalami masalah dalaman.

“KAFA juga harus meneliti terma dan syarat kontrak pemain sama ada Piya boleh dilepaskan dengan persetujua­n bersama dengan majikannya (PFA),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut mengenai hasrat anak syarikat KAFA,

Bibi

(gambar)

Kelantan Red Warriors Sdn Bhd (KRW) ingin mendapatka­n kembali khidmat Piya, Bibi Ramjani mengaku ada menghubung­i Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie untuk berbincang mengenai perkara itu.

“Beliau (Ahmad Amizal) mengesahka­n kontrak

Piya tidak dinyatakan secara rasmi jika tidak mendapat bayaran gaji dua bulan beliau boleh bermain dengan pasukan lain sesuka hati.

“Malah KRW perlu mempertimb­angkan beberapa perkara sebelum menyatakan hasrat mendapatka­n khidmat pemain itu agar pisang tidak berbuah dua kali.

“Piya juga pernah menyatakan dia tawar hati untuk bermain dengan pasukan Kelantan apabila KAFA sebelum ini pernah memanggiln­ya untuk berbincang berhubung masa depannya,” katanya.

 ??  ?? PIYA
PIYA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia