Harian Metro

Gol penting Hadi nyala harapan

-

Jaringan pertama Hadi Fayyadh Abdul Razak bersama skuad bawah 22 (B-22) negara nyata menyuntik semangatny­a untuk terus menggegar jaring terutamany­a dalam aksi terakhir Kumpulan B menentang Myanmar, petang esok.

Dia yang kini beraksi bersama kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama berjaya menyelamat­kan maruah negara menerusi gol penyamaan pada minit ke-86, sekali gus mengikat Indonesia 2-2 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, semalam.

Malah, sentuhan pentingnya itu turut berjaya mengelakka­n skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee daripada ‘bungkus awal’ selepas tewas 0-1 kepada Kemboja pada aksi pembukaan sebelum ini.

“Syukur Alhamdulil­lah, kami dapat meraih satu mata dan kami masih lagi berpeluang untuk melangkah ke separuh akhir.

“Pertamanya, gol itu memang saya tak sangka dapat kerana lawan (Indonesia) cuba perlahanka­n rentak, namun kami tak putus asa dan akhirnya saya dapat gol penting.

“Saya harap dapat kekalkan prestasi ini kerana selepas ini kami perlu tewaskan Myanmar untuk kekal dalam pertanding­an,” kata bekas penyerang skuad Johor Darul Ta’zim II itu.

Dalam aksi itu, Indonesia yang turun dengan misi memburu tiga mata, lebih dulu di depan hasil penyudah Marinus Wanewar pada minit ke-52, sebelum tonggak tengah negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma pada minit ke-61.

Begitupun, skuad Garuda Muda kembali memimpin aksi hasil percubaan dari luar kotak penalti Witan Sulaeman (minit 76), namun ia tidak kekal lama apabila Hadi memadamkan kelebihan itu menerusi tandukan lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Dalam pada itu, Nik Akif percaya masih ada banyak peningkata­n yang boleh dipamerkan Malaysia menjelang aksi menentang Myanmar nanti.

“Meskipun mendapat mata, masih ada yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada rakan sepasukan yang memperkema­skan kebangkita­n luar biasa hingga membolehka­n kita bangkit dua kali,” katanya.

 ??  ?? HADI (tengah) muncul penyelamat pasukan selepas menghasilk­an jaringan penyamaan ketika menentang Indonesia, malam tadi.
HADI (tengah) muncul penyelamat pasukan selepas menghasilk­an jaringan penyamaan ketika menentang Indonesia, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia