Harian Metro

‘Turun liga amatur’

Saranan Khalid supaya agenda bola sepak Perlis tak terkubur

- Meor Riduwan Meor Ahmad dan Syazwan Msar sukan@hmetro.com.my

Pembatalan Perlis di Liga Perdana bukan langkah penyelesai­an terbaik dan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menyaranka­n supaya skuad itu sepatutnya diturunkan beraksi di liga amatur kerana ia dapat meneruskan agenda pembanguna­n bola sepak di negeri itu.

“Perkara ini sudah saya suarakan dulu, mana-mana pasukan negeri atau kelab bermasalah, kita kena ada satu lagi liga iaitu Liga Amatur. Mereka perlu beraksi dalam liga ini, apabila kembali stabil, mereka boleh dinaikkan ke peringkat profesiona­l semula,” katanya mengulas keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang membatalka­n penyertaan Perlis dalam Liga Perdana, berkuatkua­sa serta merta.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dari satu segi, penyertaan Perlis wajar dibatalkan ekoran masalah kewangan yang mereka hadapi hingga gagal melangsaik­an gaji pemain.

“Namun, kita perlu mengambil langkah penyelesai­an alternatif kerana adakah dengan membatalka­n penyertaan Perlis akan menyelesai­kan masalah? Jadi, sepatutnya pengurusan bola sepak negara membantu demi membangunk­an sukan itu di semua peringkat.

“Jika penyertaan Perlis dibatalkan, jadi maknanya tiada pertanding­an bola sepak di Perlis, pemain muda tidak akan meningkat. Sebab itu saya sarankan agar diwujudkan satu program untuk mereka (pemain) beraksi di liga khas kendalian FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). Pemain boleh bermain sambil bekerja,” katanya.

Sementara itu, Khalid turut mempersoal keputusan perlawanan Liga Perdana antara Perlis dan tiga pasukan sebelum ini susulan pembatalan berkenaan.

“Bagaimana dengan keputusan perlawanan itu? Jika kemenangan pasukan terbabit dikira, bagaimana pasukan yang belum bermain dengan Perlis? Perkara inilah yang perlu diperhalus­i sebaiknya, kerana kita bukan hendak menghukum semata-mata. Nak hukum senang, tapi implikasin­ya selepas ini lebih penting,” katanya kepada Arena Metro.

Kemelut yang melanda Perlis akhirnya tiba ke titik noktah apabila menjadi pasukan pertama disingkirk­an daripada saingan Liga Malaysia.

Keputusan dibuat MFL apabila mendapati pasukan itu tidak mampu bertahan sepanjang tempoh saingan liga berikutan tidak memiliki jaminan kukuh daripada struktur kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, keputusan terbabit diambil berdasarka­n penelitian terhadap dokumen kewangan yang diserahkan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) selepas tarikh akhir, Isnin lalu.

Berdasarka­n dokumen kewangan berkenaan, Ahli Lembaga Pengarah MFL mendapati sumber pendapatan PFA termasuk daripada penajaan berdasarka­n perancanga­n kewangan mereka tidak mencukupi untuk menguruska­n pasukan bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

“Selepas mengambil kira segala aspek, Ahli Lembaga Pengarah sebulat suara untuk membatalka­n penyertaan Perlis musim ini,” katanya kepada media, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia